Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

204) BANTUAN NELAYAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bantuan nelayan pantai bagi tahun 2014-2015?

    Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Perikanan Negeri Selangor untuk membantu nelayan. Jumlah peruntukan yang disalurkan pada tahun 2012 sebanyak RM141,250 tahun 2013 sebanyak RM196,900, tahun 2014 (sehingga November) sebanyak RM531,000 tahun 2015 sehingga Ogos sebanyak RM426,600.

  2. Nyatakan jenis bantuan-bantuan yang diberikan dan berapakah bilangan nelayan yang telah menerima bantuan dari tahun 2014 sehingga terkini?

    Peruntukan yang disalurkan adalah bagi bantuan peralatan menangkap ikan, sampan, enjin sangkut serta alatan keselamatan kepada nelayan.

    Tahun Kawasan Bilangan penerima Jenis Bantuan
    2012 Kuala Langat 19 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut
    Jumlah 19  
    2013 Kuala Selangor 23 Enjin Sangkut & Peralatan Akuakultur
      Gombak/Petaling 3 Peralatan Akuakultur
      Hulu Langat 1 Peralatan Akuakultur
      Hulu Selangor 1 Peralatan Akuakultur
      Klang 3 Peralatan Akuakultur
      Kuala Langat 10 Peralatan Marin & Peralatan Akuakultur
      Sabak Bernam 1 Peralatan Akuakultur
    Jumlah 42  
    2014 Kuala Selangor 49  

    Jaring, Sampan, Enjin Sangkut, Alatan Keselamatan

      Sabak Bernam 556
      Kuala Langat 24
    2015 Kuala Selangor 31 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring
      Sabak Bernam 14 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring, Penyejukbeku
      Kuala Langat 6 Sampan, Net hauler
    Jumlah 629  

Lampiran

Tiada Lampiran.