Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
101) BANTUAN NELAYAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara detail apakah program bantuan nelayan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Berdasarkan SOP Permohonan Komuniti Berpengawal (Guarded Community) PBT akan mengeluarkan Notis Arahan kepada Persatuan Penduduk supaya mengalihkan halangan-halangan atau struktur pondok pengawal terbiar dalam tempoh 14 hari. Sekiranya pihak Persatuan Penduduk didapati gagal untuk mematuhi arahan dan mengalihkan halangan-halangan tersebut, PBT akan mengambil tindakan penguatkuasaan lanjut yang akan melibatkan operasi perobohan pondok pengawal berkenaan termasuk halangan-halangan yang terdapat di tapak.
Pemantauan berkala akan dijalankan oleh pihak Jabatan Penguatkuasa bagi memastikan struktur dan perabut jalanraya tidak menjadi halangan dan ‘eyesore’ pengguna jalan. Syarat-syarat bagi mengalih dan meroboh struktur selepas program yang diberi kelulusan tamat, akan dimasukkan di dalam sijil kelulusan bagi memastikan perkara di titikberatkan oleh pemohon/ persatuan penduduk.
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan sepanjang 2017?
Bagi tahun 2017, sejumlah RM500,000.00 telah diluluskan bagi tujuan pemberian bantuan peralatan berbentuk jaring menangkap ikan kepada nelayan seluruh Negeri Selangor dengan jumlah penerima adalah seramai 333 orang.
-
Sila nyatakan apakah kaedah pemantauan yang dilakukan bagi mengenal pasti peserta penerima bantuan Nelayan tidak menyalahgunakan bantuan tersebut?
Bagi memastikan pemantauan ke atas setiap nelayan yang menerima bantuan disediakan oleh Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan, syarat utama yang ditetapkan adalah setiap nelayan yang memohon mestilah merupakan nelayan yang telah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Selangor. Ini adalah kerana, hanya nelayan yang berdaftar sahaja diperakui sebagai nelayan yang menjadikan tangkapan ikan sebagai sumber pendapatan utama keluarga. Melalui kaedah tersebut, setiap nelayan yang menerima bantuan peralatan akan dipantau secara berkala iaitu sekurang-kurang sekali setahun ketika permohonan memperbaharui lesen nelayan dan juga melalui pemantauan oleh Jabatan Perikanan Selangor di jeti-jeti nelayan pada kadar 2 kali setahun.