Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

81) BANTUAN MODAL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah diluluskan kepada pemohon-pemohon skim MIMBAR & SKIMSEL?

    MiMBAR

    Program MiMBAR Selangor menyediakan dua (2) jenis program bantuan iaitu program mikrokredit dan program bantuan niaga.  Program mikrokredit bermaksud program yang menyalurkan bantuan pinjaman dalam bentuk mikrokredit yang bertujuan menambahdana perniagaan manakala program bantuan niaga merupakan satu program yang memberi bantuan peralatan, ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga kecil bagi membantu menambah hasil jualan dan pendapatan mereka.  Justeru sehingga Februari 2012, MiMBAR Selangor telah memberikan pinjaman mikrokredit tanpa faedah kepada 2,488 peniaga kecil di seluruh bandar di Negeri Selangor dengan jumlah pinjaman sebanyak RM5,006,000.00.Manakala pinjaman berbentuk bantuan niaga pula, MiMBAR Selangor telah memberikan 34 kiosk burger dan ice blended kepada pemohon yang berjumlah sebanyak RM102,000.00. Ini bermakna MiMBAR Selangor telah menyalurkan sebanyak RM5,108,000.00peruntukan pinjaman kepada 2,522 pemohon yang berjaya.

    SKIMSEL

    Peruntukan yang telah diluluskan sehingga 29 Februari 2012 kepada pemohonpemohon SKIMSEL adalah sebanyak RM 18,938,850.

  2. Senaraikan pemohon yang berjaya mengikut bangsa

    MiMBAR

    Statistik penerima MiMBAR Selangor bermula dari Bulan Mac 2011 hingga Februari 2012 mengikut etnikmenunjukkan sebanyak 91.44% (2,275 orang) penerima terdiri daripada bangsa Melayu, 6.43% (160 orang)daripada masyarakat India dan 2.09% (52 orang)pula terdiri daripada bangsa Cina.  Manakala sebanyak 0.04% (1 orang) pula adalah penerima yang terdiri di dalam golongan orang asal.

    ETNIK/KAUM   JUMLAH   PERATUS (%)
    MELAYU 2,275 91.44
    INDIA 160 6.43
    CINA 52 2.09
    ORANG ASAL 1 0.04
    JUMLAH KESELURUHAN 2,488 100.00

    SKIMSEL

    Jadual menunjukkan pemohon yang berjaya mengikut bangsa sehingga 29 Februari 2012

    Cawangan Asli Cina Iban India Kadazan Lain-lain Melayu Serani Jumlah
    Gombak 0 0 0 0 0 0 84 0 84
    Hulu Langat 0 2 0 3 1 0 823 0 829
    Hulu Selangor 2 15 0 2 0 0 686 1 706
    Klang 0 1 0 1 0 0 133 0 135
    Kuala Langat 1 8 0 55 0 0 654 0 718
    Kuala

    Selangor

    0 5 0 27 0 0 769 0 801
    Petaling 0 1 0 0 0 0 115 0 116
    Sabak Bernam 0 0 0 3 0 0 961 0 964
    Sepang 0 0 2 2 0 0 500 0 504
    Jumlah Besar 3 32 2 93 1 0 4725 1 4857

Lampiran

Tiada Lampiran.