Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

98) BANTUAN MEMBINA RUMAH KERAJAAN PERIHATIN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos seunit rumah dan bilangan rumah telah siap dibina sejak 2014?

    Untuk makluman Yang Berhormat Meru, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin dalam memiliki kediaman yang lebih selesa dan sempurna untuk didiami. Daripada tahun 2014 sehingga 2016, kos bagi membina baru sebuah rumah adalah sebanyak RM35,000.00 dan membaikpulih rumah dengan kos maksima sebanyak RM20,000.00 bagi sebuah rumah bergantung kepada kerosakan yang dialami. Senarai penerima Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2014 sehingga kini adalah seperti di LAMPIRAN.

    Walau bagaimanapun, dengan kos bahan mentah semakin meningkat tahun demi tahun, ia telah mengakibatkan kelewatan dalam pembinaan rumah-rumah yang telah diluluskan. Antara faktor-faktor yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

    1. Keengganan pihak kontraktor tempatan untuk memasuki tender kerajaan di bawah program ini disebabkan oleh had siling semasa pada ketika itu terlalu rendah iaitu RM35,000.00 bagi seunit rumah yang memberikan margin keuntungan yang tipis kepada pihak kontraktor.
    2. Tawaran sebutharga yang ditawarkan oleh pihak kontraktor adalah melebihi had siling semasa yang telah ditetapkan.

    Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan Cadangan Kenaikan Had Siling daripada RM35,000.00 Sebuah Rumah kepada RM50,000.00 Sebuah Rumah Bagi Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin melalui kertas EXCO-MTES No.4/30/2016 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 1/2017 pada 11 Januari 2017. Dengan kenaikan had siling ini, kelewatan pembinaan rumah-rumah yang telah diluluskan dapat diatasi dan disiapkan di dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.

  2. Apakah faktor-faktor telah dikenalpasti dan ditambah baik kes lewat binaan rumah pemohon yang telah diluluskan? Senaraikan.

  3. Adakah apa-apa pertimbangan khas bagi kes mangsa rumah terbakar untuk mendapat bantuan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada semua rakyat di Negeri Selangor dan permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat seperti di Lampiran. Justeru itu, bagi kes-kes kebakaran yang diterima perlu disemak berdasarkan syarat-syarat sedia ada namun lawatan siasatan tapak bersama Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan akan dilaksanakan dengan kadar segera. Dokumen-dokumen berkaitan seperti Borang Permohonan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Laporan Kebakaran Bomba, Laporan Polis perlu dikemukakan untuk dipertimbang dan diluluskan segera oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin.

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2014 – 2017

     

    TAHUN

     

    DAERAH

    2014 2015 2016 2017 JUMLAH MENGIKUT DAERAH
    BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH
    KLANG 1 1 9 5 16
    PETALING 4 3 1 8
    KUALA LANGAT 1 9 11 3 8 12 44
    HULU LANGAT 7 3 3 4 1 4 22
    SABAK BERNAM 13 39 5 2 21 80
    KUALA SELANGOR 12 22 8 3 5 10 60
    GOMBAK 2 7 5 5 2 6 14 41
    HULU SELANGOR 3 7 1 9 1 1 22
    SEPANG 12 10 8 30
    JUMLAH KESELURUHAN 48 82 33 43 2 34 23 58 323
    PETUNJUK JUMLAH
    BB – Bina Baru 106
    BP – Baikpulih 217
    Jumlah keseluruhan 323

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.