Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
229) BANTUAN MEMBINA RUMAH DAN BAIKPULIH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri ada mewujudkan projek membina dan membaik pulih rumah warga miskin. Siapakah yang layak dibina atau dibaikpulih rumah berkenaan?
Syarat-syarat yang melayakkan seseorang mendapat rumah atau rumah dibaikpulih untuk Program Kerajaan Prihatin ialah:
- Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM419.00 sebulan
- Umur pemohon adalah di antara 50 tahun hingga 65 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU);
- Keadaan rumah yang daif dan tidak sesuai untuk diduduki. Kerosakan asas akan dipertimbangkan untuk baik pulih;
- Tanggungan yang tinggal bersama tidak mempunyai pendapatan;
- Mempunya tapak untuk membina kediaman baru.
Setiap permohonan akan disiasat oleh pihak UPEN bersama wakil daripada Pejabat Daerah dan akan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Bantuan Kerajaan Prihatin.
-
Bagaimanakah prosedur yang perlu bagi yang mahu memohon?
Prosedur-prosedur yang perlu diikuti bagi permohonan Program Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mendapatkan borang Program Kerajaan Prihatin di Pejabat Daerah atau di Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri.
- Pemohon perlu mengisi borang dengan lengkap dan hantar kepada Pejabat Penghulu Mukim atau Pejabat Daerah untuk semakan dan tapisan awal.
- Borang permohonan akan dihantar oleh Pejabat Daerah kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk siasatan.
- UPEN akan membuat siasatan bersama wakil dari Pejabat Daerah sekiranya permohonan mengikut syarat-syarat kelayakan.
- Hasil siasatan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin.
- UPEN akan mengeluarkan surat tawaran kepada permohonan yang berjaya atau surat tolak kepada permohonan yang gagal.
- Pejabat Daerah akan melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan bina baru
-
Sejak 2008 berapakah jumlah yang dibina, dibaikpulih dan kos yang dikeluarkan
Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan bina baru rumah Kerajaan Prihatin sebanyak 384 buah sejak tahun 2008 sehingga Jun 2011 dengan kos pembinaan sebanyak RM9,127,222.
Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan baik pulih sebanyak 440 buah rumah di seluruh Negeri Selangor sejak tahun 2008 sehingga Jun 2011 dengan kos baik pulih sebanyak RM 4,037,230.