Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
179) BANTUAN MEMBAIKI RUMAH DI DUN SUNGAI BURONG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan dan kelulusan bagi bantuan membaiki rumah dari 2017-2020?
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong, kelulusan bagi Program Kerajaan Prihatin adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin yang dikhususkan kepada rakyat di 9 buah daerah di Negeri Selangor.
Senarai pemohonan yang diluluskan bagi tahun 2017 hingga 2020 tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN sebaliknya dikategorikan mengikut pecahan daerah sepertimana butiran berikut:-
TAHUN
DAERAH
2017 2018 2019 2020 JUMLAH MENGIKUT DAERAH BAIK PULIH BAIK PULIH BAIK PULIH BAIK PULIH KLANG – 1 5 2 8 PETALING – 2 5 – 7 KUALA LANGAT 12 – 8 – 20 HULU LANGAT 21 3 1 – 25 SABAK BERNAM 10 14 18 – 42 KUALA SELANGOR 14 – 12 – 26 GOMBAK 1 5 8 8 22 HULU SELANGOR – 1 7 1 9 SEPANG – 8 3 – 11 JUMLAH KESELURUHAN 58 34 67 11 170 Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong juga, Kerajaan Negeri telah memperuntukan dana tahunan sebanyak RM1juta bagi membiayai kelulusan di bawah Program Kerajaan Prihatin. Walau bagaimanapun, beberapa Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor juga turut menyumbang dalam membiayai sebahagian daripada kos – kos pelaksanaan program ini tertakluk kepada keperluan semasa.
Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan bagi membiayai kos membaiki rumah bagi tahun 2017 sehingga 2020 juga tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN sebalik pecahan tahunan seperti butiran berikut :
TAHUN PERBELANJAAN BAIKPULIH (RM) 2017 1,160,000.00 2018 680,000.00 2019 860,000.00 2020 214,819.35 JUMLAH KESELURUHAN RM2,914,819.35 -
Senaraikan secara terperinci jumlah dan kos membaiki rumah yang telah dilaksanakan dari 2017-2020 mengikut DUN?
Jawapan adalah sama seperti di atas.