Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

23) BANTUAN MANGSA BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Difahamkan ada bantuan banjir pada awal tahun 2011 belum lagi diterima oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat?

    Setelah disemak dan diteliti oleh Unit Kewangan, Pejabat Daerah/Tanah Klang, tidak ada mangsa-mangsa banjir yang belum menerima bantuan pada tahun 2011 seperti yang dimaklumkan oleh Y.B Tuan Badrul Hisham bin Abdullah. Sebaliknya, terdapat lima (5) orang mangsa bencana kebakaran dan ribut pada tahun 2011 yang belum menerima bantuan di atas sebab-sebab teknikal.

    Bantuan tidak dapat disalurkan kerana mangsa tidak dapat dikesan akibat alamat yang didaftarkan tidak lengkap dan tiada nombor telefon untuk dihubungi. Pejabat Tanah/Daerah Klang telah mendapatkan bantuan daripada Ketua Kampung kawasan yang berkenaan untuk menghubungi mangsa-mangsa tetapi malangnya sehinggi kini tiada maklum balas. Mangsa-mangsa yang

    dimaksudkan adalah seperti berikut:-

    1. Mangsa kebakaran tahun 2011
    (a) Samsiah bt Jonet (571121-71-1964) RM 100.00
              (b) Abd Ghani b. Abdul Gafar      (680315-61-5621) RM 500.00
    (c) Mohd Farnizam (850529-06-5527 )

    2. Mangsa Ribut Tahun 2011

    RM 200.00
    (a) Mohd. Zaki bin Misrun (521216-08-5661) RM 200.00
    (b) Karim Box b. Mohd Nabi  (561210-14-5233) RM 200.00
    JUMLAH RM 1,200.00
  2. Senaraikan jumlah peruntukkan bencana banjir yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri mengikut setiap daerah.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM50,000.00 sebagai amaun pusingan bagi Tabung Bencana setiap daerah.  Peruntukan ini yang pada asalnya ditetapkan pada jumlah RM40,000.00 telah dinaikkan kepada RM50,000.00 bagi setiap daerah selaras dengan pindaan terhadap Arahan Amanah, Tabung Bencana Khas Negeri Selangor di bawah Seksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957. Peruntukan Tabung Bencana Daerah boleh diimbuh balik kepada amaun pusingan RM50,000.00  tersebut setelah ia digunakan untuk tujuan bencana di daerah dengan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap ke Perbendaharaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.