Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

142) BANTUAN KOMPUTER RIBA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di peringkat kerajaan sudah mengadakan Skim 1 Keluarga, 1 Laptop. Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan program yang sedemikian?

    Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan program begini. Namun begitu, bagi tujuan memudahkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) Kerajaan Negeri telah mengagihkan bantuan dalam bentuk simkad percuma melalui program Data Internet Selangor (DIS) kepada 9,519 pelajar yang terlibat dengan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Lampiran

Tiada Lampiran.