Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
231) BANTUAN KHUSUS PETANI DAN NELAYAN SKALA KECIL-KECILAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu petani dan nelayan kecil untuk terus berjaya mendapat pendapatan yang mencukupi untuk seisi keluarga?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa membantu dari segi keperluan input, peralatan dan khidmat nasihat kepada golongan petani bagi meningkatkan pendapatan mereka. Bagi Jabatan Perikanan pula, sokongan diberikan bagi input kepada nelayan dan penternakan ikan air
-
Berapa jumlah insentif yang sedia ada daripada kerajaan negeri untuk golongan tersebut sama ada daripada benih atau peralatan?
Insentif yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah sebanyak RM7.14 juta manakala bagi Jabatan Perikanan insentif disalurkan melalui UPEN Sektoral sebanyak RM426,600.00