Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
212) BANTUAN KHAS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah keberkesanan dari pemberian berdasarkan penilaian prestasi?
Kerajaan Negeri Selangor telah mula melaksanakan pembayaran bantuan Khas Kewangan berdasarkan prestasi pada tahun 2019. Keberkesanan pemberian Bantuan Khas berdasarkan prestasi ini dapat dilihat dari beberapa sudut iaitu :
- i) Penjimat Perbelanjaan;
- ii) Pengukuran Prestasi Jabatan; dan
iii) Integriti
Penjimatan Perbelanjaan
Penjimatan perbelanjaan Kerajaan Negeri dapat dibuat dengan memandangkan ia diberi berdasarkan prestasi sesuatu jabatan dan individu. Sebagai hasilnya, pada tahun 2019, penjimatan sebanyak RM984,200.10 dapat dilaksanakan berbanding dengan pemberian bantuan kewangan pada tahun 2018.
Pengukuran Prestasi Jabatan
Kunci utama kepada pemberian Bantuan Khas Kewangan ini adalah berdasarkan kepada prestasi jabatan. Oleh itu, secara tidak langsung prestasi sesebuah jabatan dapat dinilai melalui kaedah pemberian bantuan khas kewangan berdasarkan prestasi. Berbeza dengan sebelum ini, tiada pengukuran nilai yang dibuat secara langsung terhadap prestasi sesebuah jabatan.
Integriti
Kriteria yang telah ditetapkan dalam borang penilaian bantuan khas kewangan adalah kriteria yang merangkumi integrity seseorang penjawat awam yang tidak terdapat dalam Borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Oleh itu, secara tidak langsung ia dapat menilai tahap integrity seseorang penjawat awam diluar skop penilaian yang bersifat awam.