Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
74) BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan penerima ANIS mengikut DUN bagi tahun 2022, 2023, dan 2024, serta peruntukan yang digunakan.
Bilangan penerima Bantuan Khas ANIS bagi tahun 2022 dan 2023 mengikut pecahan DUN:
TAHUN 2022 2023 DUN Lulus Jumlah Lulus (RM) Lulus Jumlah Lulus (RM) Balakong 8 19,000.00 14 31,000.00 Bandar Baru Klang 16 34,170.00 15 35,917.00 Bandar Utama 5 13,000.00 12 25,520.00 Banting 5 14,350.00 17 32,100.00 Batang Kali 6 11,678.00 15 32,850.00 Batu Tiga 45 90,900.00 37 80,000.00 Bukit Antarabangsa 7 14,000.00 10 23,000.00 Bukit Gasing 1 2,000.00 5 10,000.00 Bukit Lanjan 12 24,000.00 12 23,200.00 Bukit Melawati 0 0 2 3,200.00 TAHUN 2022 2023 DUN Lulus Jumlah Lulus (RM) Lulus Jumlah Lulus (RM) Dengkil 30 58,470.00 37 75,400.00 Dusun Tua 12 24,339.00 20 40,600.00 Gombak Setia 13 25,200.00 31 69,750.00 Hulu Bernam 2 2,400.00 6 11,200.00 Hulu Kelang 8 19,000.00 21 45,000.00 Ijok 0 0 7 17,000.00 Jeram 24 50,518.00 12 21,600.00 Kajang 35 71,910.00 33 70,400.00 Kampung Tunku 4 8,000.00 10 20,000.00 Kinrara 20 42,250.00 22 50,000.00 Kota Anggerik 57 115,760.00 52 102,100.00 Kota Damansara 16 30,400.00 25 54,400.00 Kota Kemuning 18 39,380.00 22 45,750.00 Kuala Kubu Baharu 3 6,000.00 5 7,600.00 Kuang 13 24,470.00 12 23,200.00 Lembah Jaya 11 23,400.00 19 42,800.00 Meru 17 36,200.00 23 47,400.00 Morib 3 8,382.00 10 24,950.00 Pandamaran 4 8,000.00 8 16,000.00 Pandan Indah 5 9,200.00 13 24,280.00 Paya Jaras 31 64,994.00 20 39,380.00 Pelabuhan Klang 5 14,000.00 10 22,200.00 Permatang 0 0 2 3,200.00 Rawang 9 21,600.00 18 38,200.00 Sabak 0 0 10 25,810.00 Sekinchan 0 0 3 6,000.00 Selat Klang 6 11,200.00 8 16,000.00 Sementa 7 16,050.00 20 38,400.00 Semenyih 27 54,000.00 33 64,400.00 Sentosa 13 26,200.00 15 30,000.00 Seri Kembangan 7 16,200.00 7 19,080.00 Seri Serdang 14 37,665.00 24 51,000.00 Seri Setia 9 19,150.00 20 40,000.00 Sijangkang 6 11,730.00 14 34,000.00 Subang Jaya 14 30,200.00 25 54,300.00 Sungai Air Tawar 0 0 2 4,000.00 TAHUN 2022 2023 DUN Lulus Jumlah Lulus (RM) Lulus Jumlah Lulus (RM) Sungai Burong 2 5,684.00 7 16,484.00 Sungai Kandis 28 54,950.00 35 74,100.00 Sungai Panjang 0 0 4 7,200.00 Sungai Pelek 2 6,700.00 12 25,400.00 Sungai Ramal 50 99,200.00 30 58,400.00 Sungai Tua 10 19,200.00 17 35,999.00 Taman Medan 13 24,810.00 12 30,000.00 Taman Templer 6 12,000.00 12 24,000.00 Tanjong Sepat 0 0 2 4,000.00 Teratai 3 5,200.00 11 21,200.00 JUMLAH 662 1,377,110.00 900 1,888,970.00 Untuk makluman, permohonan tahun 2024 masih lagi dalam proses penerimaan dokumen dan semakan kerana program ini baru sahaja dibuka pada 17 Mei 2024 sehingga 31 Mei 2024.
-
Nyatakan pencapaian "Training of Trainers" dan lain-lain program pembangunan kapasiti di bawah ANIS, serta DUN di mana program dilaksanakan.
Jabatan ANIS melaksanakan beberapa program di bawah Training of Trainers (ToT) yang memfokuskan pemerkasaan kemahiran kepada golongan yang terlibat dalam pengendalian anak istimewa seperti ibu bapa, guru-guru dan sukarelawan. Antara program yang telah dijalankan adalah:-
- Program Cikgu ANIS
Program Cikgu ANIS yang mana, guru-guru di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) daripada peringkat prasekolah, rendah dan menengah akan dilatih dan diberikan kemahiran tentang pendekatan intervensi dan pendidikan anak istimewa. Jabatan ANIS bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam menjayakan program Cikgu ANIS yang melibatkan penyertaan pegawai pendidikan daerah dan guru-guru PPKI dari seluruh negeri Selangor. Program-program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
Kategori Pelaksanaan Tempat Jumlah Peserta Simposium Cikgu ANIS Mac 2022 Wyndham Hotel, Klang 81 Cikgu ANIS Tadika September 2022 Best Western, I-City 45 Cikgu ANIS Rendah Januari 2022 Glenmarie Hotel, Shah Alam Mardhiyyah Hotel, Shah Alam
196 Cikgu ANIS Menengah Jun 2022 KIP Hotel, Kuala Lumpur 94 ToT Sukarelawan September 2022 Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya 60 Penyelia & guru taska/ tadika Januari 2023 Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya 82 Guru prasekolah Oktober 2023 Hotel Tenera, Bangi 116 Guru sekolah rendah PPKI Jun 2024 Hotel Tenera, Bangi 110 Guru sekolah menengah PPKI Ogos 2024 Masih dalam perbincangan Selain itu, program Seminar Ibu Bapa juga dijalankan secara berkala dengan kerjasama pusat terapi di sekitar Selangor. Sepanjang tahun 2023, beberapa siri seminar telah dilaksanakan dan diteruskan ke tahun ini melibatkan beberapa DUN seperti berikut:
Siri Tempat Jumlah Peserta 2022 Atas Talian (9 siri) 558 Siri 1 Dewan Kosmos, Bukit Jelutong 90 Siri 2 Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital 25 Siri 3 Sensation Station, Seri Kembangan 52 Siri 4 Genius Kurnia 49 Siri 5 PPAS Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar 43 Siri 6 IDEAS, Rawang 40 Siri 7 IDCC, Shah Alam 25 Mac 2023 Simposium Ibu Bapa ANIS IDCC Shah Alam
210 Julai 2023 ToT Sukarelawan Glenmarie Hotel, Shah Alam
111 Bagi tahun 2024 (sehingga Mei 2024) adalah seperti berikut:
Siri Tempat Jumlah Peserta Siri 1 Dewan MBSA Bunga Kertas, Shah Alam 35 Siri 2 IDCC, Shah Alam 35 Siri 3 PPAS Daerah Sabak Bernam, Dataran Sabak 20 - ii) Didik ANIS
Sebanyak 24 program khidmat masyarakat telah dijalankan sejak bulan September 2023 hingga Februari 2024 yang melibatkan 24 buah institusi pendidikan anak istimewa seperti Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Pusat Intervensi Awal (milik persendirian atau swasta). Seramai 1072 peserta telah terlibat dalam program ini yang melibatkan golongan ibu bapa, guru, petugas PPDK, pelatih PPDK, sukarelawan, pelajar universiti adan juga orang awam.
iii) Independent Living Support Centre (ILSC)
Independent Living Support Centre (ILSC) adalah salah satu program yang dilaksanakan bawah Jabatan ANIS. Jabatan ANIS melancarkan program ILSC pada tahun 2022. ILSC adalah satu program persediaan kerjaya dan kursus latihan kemahiran dan transisi kerjaya kepada Belia OKU Masalah Pembelajaran di Selangor. Program ILSC adalah untuk Murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Program ini akan mengajar kepada Murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) tentang literasi kerjaya secara praktikal serta membina aspirasi kerjaya. Jabatan ANIS bekerjasama dengan beberapa agensi / persatuan untuk menjayakan program tersebut. Maklumat dan senarai kursus seperti berikut:
Bil Kursus Kemahiran Tempat Tempoh Kursus Jumlah Peserta 1 Kursus Pengendalian Makanan Rumah Amal Cheshire, Selangor 5 Bulan 19 2 Teknologi Maklumat dan Pengurusan Pejabat Infiniti Minds Academy 6 Bulan 9 3 Pengurusan Kafe Menara Kementerian Belia & Sukan (KBS) 6 Bulan 8 4 Kursus Persediaan bersaskan sukan IKBN Kuala Langat 6 Bulan 8 5 Kursus Bakeri IKTBN Sepang 6 Bulan 15 6 Kursus Teknologi Maklumat IKTBN Dusun Tua 6 Bulan 11 7 Kursus Asas Dobi (Akan Beroperasi Bulan Ogos)
IKBN Peretak, KKB 6 Bulan Anggaran 10 8 Kursus Asas Bakeri (Akan Beroperasi Bulan Julai)
PERKOBP, Puchong 3 Bulan Anggaran 10 - Saringan Awal Murid Berkeperluan Khas Anis
Saringan awal murid berkeperluan khas ANIS ialah sebuah program untuk memberikan laporan awal merangkumi 5 panelis utama iaitu Audiologi, Occupational Therapist (OT), Speech Therapy, Psikologis/phisiologis dan Doktor Pakar. Saringan ini membantu ibu bapa untuk mendapatkan laporan awal tentang perkembangan anak dalam masa 3-4 jam kepada kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun. Bermula 2023, saringan awal juga melebarkan jaringan untuk kerjasama bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menyaring murid sekolah rendah yang berumur 7 hingga 9 tahun.
PENERIMA MANFAAT SARINGAN AWAL ANIS TAHUN JUMLAH 2022 142 2023 284 2024 257 JUMLAH KESELURUHAN 683