Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

310) BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2016

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah kakitangan KNS yang layak menerima manfaat tersebut?

    Jumlah kakitangan perkhidmatan awam Negeri Selangor  yang  layak  menerima Bantuan  Khas  Kewangan  dan  di  bayar  pada  1  Julai  2016  melalui sistem gaji berkomputer adalah sebanyak 17,142 orang.

  2. Sila nyatakan pemberian Khas Aidilfitri dan bonus 1.5 bulan terhadap implikasi kewangan Negeri?

    Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak 1 ½ bulan gaji ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM41,564,105.84 seperti yang dibayar melalui sistem gaji berkomputer.

  3. Sila nyatakan secara perbandingan pemberian khas Aidilfitri kakitangan KNS dengan Persekutuan sejak 3 tahun yang lepas?

    Perbandingan pemberian khas sempena Hari  Raya  Aidilfitri  kepada kakitangan kerajaan Negeri Selangor dengan pemberian oleh kerajaan Persekutuan bagi tempoh 3 tahun lepas adalah seperti berikut:

     

    TAHUN

     

    Jumlah Pemberian Kerajaan Negeri Selangor

    Jumlah Pemberian Kerajaan Persekutuan
     

    2014

    1 Bulan Gaji (jumlah implikasi kewangan

    sebanyak RM28,029,070.03)

     

    RM500.00

     

    2015

    1 Bulan Gaji (jumlah implikasi kewangan

    sebanyak RM28,280,988.94)

     

    RM500.00

     

    2016

    1 1/2 Bulan Gaji (jumlah implikasi kewangan

    sebanyak RM41,564,105.84)

     

    RM500.00

Lampiran

Tiada Lampiran.