Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

254) BANTUAN KEWANGAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah bantuan kewangan Yayasan Selangor masih wujud?

    Bantuan kewangan Yayasan Selangor masih wujud dengan dua bentuk:-

     

    • BIASISWA DAN DERMASISWA

     

    Biasiswa kecil, Biasiswa Khas dan Dermasiswa kepada pelajar peringkat sekolah menengah di bawah tajaan Yayasan Selangor.

     

    • PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

     

    Pinjaman Pelajaran masih diteruskan pembiayaannya bagi pelajar-pelajar yang masih dalam pembiayaan pinjaman Yayasan Selangor dan juga tambahan Pinjaman Pelajaran bagi pelajar-pelajar sedia ada yang melanjutkan pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi (Diploma dan Ijazah).

  2. Nyatakan jumlah pelajar yang mendapat manfaat daripada bantuan kewangan Yayasan Selangor pada tahun 2015.

    Jumlah pelajar yang mendapat manfaat melalui:

     

    1. Biasiswa / Dermasiswa adalah seramai 3,924 orang
    2. Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor adalah seramai 183 orang

     

  3. Adakah Yayasan Selangor akan menambah jumlah bantuan tersebut?

    Yayasan Selangor mempunyai perancangan untuk penambahan bantuan dalam bentuk Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor terutamanya bagi bekas pelajar- pelajar di bawah tajaan Yayasan Selangor dengan jumlah bajet mengikut kemampuan Yayasan

Lampiran

Tiada Lampiran.