Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
71) BANTUAN KEWANGAN SEKOLAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyerah peruntukan Bantuan Kewangan Sekolah?
Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan Bantuan Sekolah secara berperingkat bermula pada bulan Mei 2022. Penyaluran peruntukan ini dilaksanakan secara berperingkat tertakluk kepada dokumen lengkap yang dikemukakan oleh pihak sekolah.
Kerajaan Negeri juga telah mula menyerahkan bantuan sekolah semasa Karnival Jelajah Selangor Penyayang (JSP) yang diadakan secara bersiri mengikut daerah seperti berikut:
Selain daripada itu, pada 17 Oktober 2022 yang lalu juga Kerajaan Negeri telah mengadakan Program Penyerahan Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh. Jumlah penerima yang terlibat adalah seramai 225 buah sekolah.
Penyerahan bagi kategori Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan pula akan diadakan pada 21 November 2022 di Bankuet, Dewan Jubli Perak dengan penglibatan seramai 501 penerima
-
Nyatakan jumlah sekolah yang memohon dan peruntukan yang telah diluluskan.
Jumlah sekolah yang telah memohon di bawah Program Bantuan Sekolah pada tahun 2022 adalah sebanyak 742 buah sekolah dengan peruntukan sebanyak RM25,819,040.00 dengan pecahan mengikut daerah seperti berikut: