Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
23) BANTUAN KEWANGAN SEKOLAH
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan salurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah?
Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor pada 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022. Permohonan ini dibuka secara dalam talian di laman sesawang https://www.ssipr.selangor.gov.my . Bantuan ini mengkhususkan kepada menaik taraf dan penyelenggaraan fasiliti dan bangunan sekolah.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga memberikan bantuan pakaian sekolah kepada 35,979 orang pelajar di Negeri Selangor yang terjejas akibat kejadian banjir yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Bantuan yang diberikan adalah berupa satu set pakaian sekolah yang dilengkapi dengan kasut sekolah dan stokin bagi seorang pelajar yang terlibat. Penyerahan pakaian sekolah ini telah mula diagihkan pada bulan Februari 2022.
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk
i) sekolah agama
ii) sekolah mubaligh
iii) sekolah jenis kebangsaan
iv) sekolah menengah persendirianJumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri semasa membentangkan Bajet mengikut sekolah adalah seperti berikut: