Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

10) BANTUAN KEWANGAN PENYAKIT HAWAR DAUN BAKTERIA (BLB)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat melayakkan seseorang pesawah menerima bantuan kewangan tersebut?

    Syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pesawah menerima bantuan kewangan tersebut adalah seperti berikut :-

    1. Penerima adalah merupakan pengusaha sawah (operator);
    2. Kawasan yang telah diserang oleh penyakit BLB mestilah sekurangkurangnya 20% dari keseluruhan lot; dan
    3. Lot sawah diperakui oleh Jabatan Pertanian Selangor telah dijangkiti serangan penyakit BLB melalui bancian yang telah dibuat oleh jabatan.
  2. Berapakah jumlah penerima bantuan kewangan ini?

    Berdasarkan dapatan hasil bancian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Selangor bagi musim 2/2016, sejumlah 8,892 lot sawah yang diusahakan dikenalpasti layak untuk diberikan bantuan kewangan tersebut yang melibatkan seramai 9,124 pesawah.

  3. Adakah kesemua penerima bantuan telah menerima bantuan tersebut?

    Secara keseluruhannya, penyerahan cek-cek bantuan kewangan kepada pesawah telahpun selesai dilaksanakan pada 20 Jun 2017 bermula dari Kawasan Blok Pengairan Panchang Bedena, Sg. Burong, Sekinchan, Sg. Nipah, Bagan Terap, Sg. Leman dan Sg. Panjang.

    Namun begitu, masih terdapat sejumlah 1,919 atau 21% penerima bantuan yang masih belum menerima cek bantuan kewangan mereka. Ini adalah disebabkan

    oleh kesilapan pada ejaan nama, nombor kad pengenalan dan juga perkara yang berkaitan dengan isu di antara pemilik tanah sawah dengan pemajak tanah sawah tersebut iaitu pengusaha sebenar sawah (operator).

    Isu-isu Perkara-perkara yang menjadi penyebab kepada Isu-isu tersebut paling tinggi berlaku di Kawasan Blok Pengairan Panchang Bedena, Sabak Benam yang melibatkan sejumlah 1,873 cek atau 20% daripada keseluruhan cek yang disediakan.

    Walau bagaimanapun, penyerahan pada peringkat seterusnya, yang melibatkan Blok Pengairan Sg. Nipah, Bagan Terap, Sg. Panjang, Sg. Leman, Sekinchan dan Sg. Burong, jumlah cek yang tidak dapat diserahkan atau dikembalikan semula kurang adalah dari 1% sahaja disebabkan oleh terdapat segelintir pesawah yang gagal untuk memberikan salinan kad pengenalan dan juga terdapat salinan-salinan kad pengenalan yang diserahkan tidak sempurna samada ianya disebabkan oleh salinan tersebut tidak terang ataupun terlalu gelap.

Lampiran

Tiada Lampiran.