Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

109) BANTUAN KEWANGAN KHAS 2 BULAN SEMPENA AIDILFITRI 2017

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faktor utama KNS meluluskan bantuan tersebut kepada semua penjawat awam?

    Faktor utama pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri 2017 kepada kakitangan perkhidmatan awam Negeri Selangor yang berkelayakan adalah berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh dengan rizab sebanyak RM3bilion sejak Tahun 2014 dan sebanyak RM3.194bilion sehingga pada 30 Jun 2017. Pemberian ini juga sebagai tanda terima kasih Kerajaan Negeri terhadap komitmen penjawat awam yang menjadi tunjang kepada kestabilan Negeri Selangor serta menyanjung tinggi peranan mereka dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam Negeri dilaksanakan dalam etika kerja yang tinggi, berintegriti dan profesional.

     

  2. Sila senaraikan Bantuan Kewangan Khas oleh semua negeri-negeri termasuk Persekutuan secara perbandingan sejak 3 tahun yang lalu ?

    Kerajaan Persekutuan dan semua negeri kecuali Johor, Pulau Pinang dan Kedah melaksanakan 2kali pemberian BKK sebanyak RM500 pada tahun 2015 & 2016 serta 1kali pemberian BKK sebanyak RM500 pada tahun 2017. Manakala bagi Negeri Johor melaksanakan 2kali pemberian BKK sebanyak RM500 pada tahun 2015, Imbuhan Tahunan ½ Bulan gaji pada Tahun 2016 dan BKK sebanyak RM1,000.00 pada tahun 2017.Bagi Negeri Pulau Pinang melaksanakan pemberian BKK sebanyak 1 bulan gaji pada tahun 2015, pemberian BKK sebanyak 1 ½ bulan gaji pada tahun 2016 dan pemberian BKK sebanyak ¾ bulan gaji pada tahun 2017. Bagi Negeri Kedah pula melaksanakan 2kali pemberian BKK sebanyak RM500 pada tahun 2015 & 2016 serta 1kali pemberian BKK sebanyak RM1,000.00 pada tahun 2017.

    Berikut merupakan senarai pemberian Bantuan Khas Kewangan pada Tahun

    2015, 2016 dan 2017 secara perbandingan dengan negeri-negeri termasuk Kerajaan Persekutuan:-

     

    NEGERI

      TAHUN   CATATAN
    2015

    (RM)

    2016

    (RM)

    2017

    (RM)       

    * Pemberian pertama

    Jumlah BKK tahun 2015 & 2016 adalah sebanyak 2kali pemberian.Jumlah BKK tahun 2017 adalah sebanyak 1kali pemberian.
    Kerajaan

    Persekutuan

    1,000.00 1,000.00 500.00

     

     
    Johor 1,000.00 ½ bulan gaji

    (Imbuhan Tahunan)

    1,000.00 (BKK) Pada Tahun 2016 Kerajaan Negeri Johor mengumukan pemberian Imbuhan Tahunan
    Melaka 1,000.00 1,000.00 500.00  
    Negeri

    Sembilan

    1,000.00 1,000.00 500.00  
    Selangor 1 ½ bulan gaji

    (Imbuhan Tahunan)

    2 bulan gaji 2bulan gaji Kerajaan          Negeri

    Selangor mengumukan pemberian Imbuhan

    Tahunan             pada

    Tahun 2015

    Perak 1,000.00 1,000.00 500.00  
    Pulau Pinang 1bulan gaji 1 ½ bulan gaji ¾ bulan gaji  
    Kedah 1,000.00 1,000.00 1,000.00  
    Perlis 1,000.00 1,000.00 500.00  
    Kelantan 1,000.00 1,000.00 500.00  
    Terengganu 1,000.00 1,000.00 500.00  
    Pahang 1,000.00 1,000.00 500.00  
    Sabah 1,000.00 1,000.00 500.00  
    Sarawak 1,000.00 1,000.00 500.00  

    Jadual 1: Senarai pemberian Bantuan Khas Kewangan secara perbandingan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan pada Tahun 2015, 2016 dan 2017.

     

  3. Sejauh manakah pemberian bantuan tersebut terhadap implikasi ekonomi dan kewangan negeri?

    Pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri 2017 ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM61.873juta iaitu sebanyak 2% daripada rizab keseluruhan Kerajaan Negeri. Dengan adanya pemberian seumpama ini, ianya dapat meningkatkan kuasa beli rakyat Negeri Selangor seterusnya memberi kesan positif terhadap pembangunan ekonomi negeri serta menarik keyakinan para pelabur luar terhadap kestabilan ekonomi negeri Selangor.Selain itu juga kepimpinan Negeri Selangor yang kukuh dan tegas dalam mempertahankan prinsip governance dan urus tadbir yang cemerlang dengan prinsip ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban turut menjadi pemangkin kestabilan ekonomi dan kewangan negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.