Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

65) BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH BANTUAN SEPENUH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor akan membantu sekolah bantuan sepenuh Kerajaan Persekutuan?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan agihan bantuan kepada Sekolah Bantuan Sepenuh kerajaan Persekutuan melalui Program Bantuan Sekolah sejak tahun 2009 yang lalu. Antara sekolah –sekolah yang telah menerima manfaatnya adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Mubaligh.

    Bagi tahun 2018 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan agihan seperti berikut:

    BIL JENIS SEKOLAH JUMLAH PERUNTUKKAN
    1. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina RM6,000,000.00
    2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RM5,000,000.00
    3. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

    dan Sekolah Mubaligh

    RM1,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.