Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
67) BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan sentiasa memberi kewangan kepada sekolah bantuan Kerajaan Persekutuan iaitu sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah mubaligh dan sekolah persendirian cina. Adakah kerajaan Negeri dapat menetapkan tarikh akhir untuk bantuan ini?
Kerajaan Negeri ada menyediakan dana khas untuk penambahbaikan infrastruktur Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah Persendirian Cina, melalui Program Bantuan Sekolah. Bagi tahun 2019 Kerajaan Negeri akan melaksanakan program ini melalui 2 fasa. Fasa pertama kini dalam penilaian dan agihan bantuan dijangka akan diagihkan pada bulan Ogos 2019 dan Fasa 2 bantuan akan dibuka untuk permohonan pada bulan Ogos kelak.
-
Jika ya, sila nyatakan tarikh. Kalau tidak mohon sebab-sebabnya
Agihan bantuan untuk Program Bantuan Sekolah untuk Fasa 1 akan dilaksanakan pada bulan Ogos kelak.