Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

163) BANTUAN KEWANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU DUN MERU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bantuan yang telah dikeluarkan kepada surau dan masjid di DUN Meru?

    Antara bantuan yang telah disalurkan kepada masjid dan surau di DUN Meru:-
    1) Pembinaan masjid baru : Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar.
    2) Baik pulih masjid Pekan Meru pada pertengahan Tahun 2010.
    3) Sumbangan Lembaga Zakat kepada surau Nurus Saadah, Taman Meru 4
    sebanyak RM50,000.00.
    4) Sumbangan Lembaga Zakat kepada surau Darul Makmur, Persiaran Hamzah
    Alang Meru sebanyak RM50,000.00.
    5) Sumbangan Lembaga Zakat untuk membaik pulih surau Sekolah Menengah
    Kebangsaan Meru, sebanyak RM50,000.00.
    6) Sumbangan Lembaga Zakat Selangor untuk membaik pulih surau Al-Faizin,
    Taman Dato’ Bandar Meru sebanyak RM42,500.00.
    7) Lembaga Zakat Selangor juga telah menyumbangkan bantuan penggantian
    karpet-karpet di surau-surau.

  2. Senaraikan bentuk bantuan mengikut setiap surau dan masjid di DUN Meru?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah bantuan yang sesuai yang boleh diberikan kepada surau dan masjid yang tidak mempunyai kewangan yang baik dan kukuh?

    Bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada masjid dan surau yang tidak mempunyai
    kewangan yang baik dan kukuh adalah :-
    1) Bantuan kewangan untuk pengimarahan masjid daripada Lembaga Zakat.
    2) Bantuan baik pulih bangunan masjid dan surau.
    3) Bantuan kemudahan masjid dan surau seperti penggantian karpet dan perabot.

Lampiran

Tiada Lampiran.