Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

41) BANTUAN KESIHATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah mengumumkan program bantuan kesihatan untuk rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil. Apakah perkembangaan program ini dan berapa orangkah telah mendapat bantuan?

    1. Program bantuan kesihatan bagi rakyat miskin di Negeri Selangor telah bermula pada Jun 2009. Program ini meliputi bantuan-bantuan seperti berikut:

     

    1. Bantuan Dialisis Buah Pinggang : RM 2,000
    2. Katarak Mata : RM 1200
    • Bantuan Pembedahan Kecil : RM 5,000

     

    Sehingga Disember 2009, seramai 20 orang penerima yang layak untuk menerima  bantuan. Senarai penerima tersebut adalah seperti berikut:

     

    Jenis Bantuan Jumlah Penerima Jumlah Disalurkan (RM)
     

    Dialisis Buah Pinggang

     

    13

     

    RM 22,300

     

    Katarak Mata

     

    3

     

    RM 1,500

     

    Pembedahan Kecil

     

    4

     

    RM 18,300

     

    Lain-lain

    (bantuan cermin mata, kerusi

    roda, alat bantuan pendengaran dan pembelian kaki palsu

     

    4

     

    RM 7,540

    JUMLAH 24 RM 49,640

     

    Selain itu kerajaan negeri juga turut membiayai pembelian sebuah mesin dialisis kepada Haemodialysis Assocsiation Klang yang berjumlah sebanyak RM 41,000.

  2. Apakah kriteria melayakkan untuk menerima bantuan ini?

    1. Kriteria bagi permohonan bantuan kesihatan ini adalah seperti berikut:

     

    1. Pemohon merupakan rakyat Negeri Selangor atau bermastautin di  Negeri  Selangor lebih daripada 5
    2. Berpendapatan di bawah RM 1,500 (seisi rumah)
    • Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau pusat rawatan yang
  3. Bolehkah kerajaan negeri memberi jaminan tiada Òpilih kasihÓ untuk menerima bantuan ini?

    1. Bagi memohon bantuan kesihatan, pemohon perlu mendapat borang program ini di  Pejabat DUN, Pejabat Daerah dan kerajaan negeri. Pemohon perlu mengisi borang permohonan tersebut dan mengemukakan borang yang lengkap kepada kerajaan negeri melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN. Ke semua permohonan akan disiasat dan dipertimbangkan. Bagi meluluskan sesuatu permohonan, kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap ‘pilih kasih’ di mana penerima bantuan ini adalah  meliputi  semua kaum dan bangsa dalam daerah di Negeri Selangor. Selain itu, tiada permohonan ini juga tidak memerlukan sokongan daripada mana-mana parti politik bagi meluluskan permohonan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.