Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

108) BANTUAN KERUSI RODA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk menyumbang kerusi roda kepada DUN masing-masing setiap tahun?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan rakyatnya terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan. Ditambah dengan situasi ekonomi semasa yang melihatkan kenaikan harga barangan asas, bantuan peralatan kesihatan seperti kerusi roda amat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Walau bagaimanapun, buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan bagi menyumbangkan kerusi roda kepada setiap DUN memandangkan bantuan kerusi roda boleh dimohon melalui program Bantuan Sihat Selangor (BSS). Individu yang layak dan memenuhi syarat ditetapkan boleh memohon di laman sesawang http://bantuansihat.selangor.gov.my/.

Lampiran

Tiada Lampiran.