Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
276) BANTUAN KERAJAAN NEGERI UNTUK RAKYAT SEMASA PKP/PKPD
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah yang dibelanjakan dan jenis bantuan untuk penduduk Selangor menghadapi PKP/PKPD pada tahun ini, daripada Kerajaan Negeri termasuk PBT, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mempertingkat usaha dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi semua lapisan penduduk Negeri Selangor ketika mendepani cabaran kesan penularan pandemik Covid-19. Selain itu juga, Kerajaan Negeri serius dan terus proaktif untuk mengambil tindakan kawalan kesihatan untuk mengekang peningkatan kes Covid-19 di kalangan penduduk di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan kepada golongan penduduk yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) melalui pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sebagai Pakej Kita Selangor.
Pakej Kita Selangor ini telah diumumkan sebanyak 2 kali iaitu Pakej Kita Selangor 1.0 pada 20 januari lalu yang melibatkan 20 inisiatif dan memberi implikasi kewangan berjumlah RM75.87 juta. Manakala Pakej Kita Selangor 2.0 pula diumumkan pada 9 jun yang lalu yang melibatkan 26 inisiatif yang memberi implikasi kewangan berjumlah RM551.56 juta. Ini menjadikan secara keseluruhan Pakej Kita Selangor pada tahun ini telah memberi implikasi kewangan berjumlah RM627.43 juta. Dari jumlah ini, sebanyak RM278.34 juta bersamaan 44.36% telah dibelanjakan sehingga 16 Ogos 2021 dan telah memberi manfaat kepada 871,837 orang. Perincian perbelanjaan yang yang diperuntukkan dan dibelanjakan dalam Pakej Kita Selangor 1.0 adalah seperti di LAMPIRAN A. Manakala prestasi perbelanjaan Pakej Kita Selangor 2.0 adalah seperti di LAMPIRAN B.
Selain daripada Pakej Kita Selangor, sebahagian jabatan/agensi dan anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri turut mengambil kesempatan untuk turut sama menyediakan bantuan kepada golongan sasar yang terjejas menggunakan peruntukan sedia ada agensi/jabatan atau anak syarikat berkenaan. Contohnya Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1.16 juta untuk membantu petani dan peladang yang terjejas. Anak Syarikat Kerajaan Negeri, MBI juga telah menjalankan173 program terdiri daripada pelbagai jenis bantuan yang berjumlah RM8.13 juta.
LAMPIRAN A
PRESTASI PELAKSANAAN PAKEJ KITA SELAGOR 1.0 SEHINGGA 16 OGOS 2021
BIL INISIATIF IMPAK KEWANGAN
PENGUMUMAN
(RM)IMPAK KEWANGAN
DISEMAK
(RM)JUMLAH YANG TELAH DIBELANJAKAN
(RM)
PERATUS PERBELANJAAN
(%)JUMLAH PENERIMA 1 SARINGAN BERSASAR 6,000,000.00 4,709,520.00 4,709,520 100.00% 50,640 2 HOME SURVEILLANCE KITS SELANGKAH – (Digugurkan dan Dijenamakan semula dalam Pakej Kita Selangor 2.0)
3 BANTUAN MAKANAN KEPADA PETUGAS FRONTLINER 3,000,000.00 1,600,000.00 1,600,000.00 100.00% 14,162 4 PENGANGKUTAN PESAKIT COVID-19 BERISIKO RENDAH – 520,000.00 82,169 5 PERUNTUKAN KHAS PROGRAM MESRA RAKYAT: 5,600,000.00 5,600,000.00 4,837,011.87 86% 89,116 1,100,000.00 850,000.00 708,460.32 83% 10,456 – 2,510,000.00 2,072,694 83% 53,054 6 PENGECUALIAN DAN PENANGGUHAN BAYARAN SEWA RUMAH PPR DAN COUNCIL HOMES 1,700,000.00 1,700,000.00 1,700,000.00 100% 2365 7 PENANGGUHAN SEWA SELAMA 3 BULAN UNTUK PESERTA SKIM SMART SEWA 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 100% 450 8 WRITE-OFF PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR 7,177,000.00 7,177,000.00 7,177,000.00 100% 762 9 Bakul Makanan (Orang Asli) 1,300,000.00 200,000.00 200,000.00 100% 6,485 Bakul Makanan
(Pemandu Teksi Dan Bas Sekolah)533,900.00 533,900.00 100% 5,339 Bakul Makanan
(Penduduk Ppr)1,000,000.00 600,700.00 48% 5,639 Bakul Makanan
(Pemandu Lori Dan Krew Kdeb)109,538.00 109,538 100% 9,958 Bakul Makanan
(Petani, Penternak Dan Nelayan)490,000.00 490,000.00 100% 7,000 10 Bantuan Warga Tani
(Pembiayaan Bantuan Baja Kompos)2,000,000.00 100,000.00 100,000.00 100% 200 Bantuan Warga Tani (Bantuan Makan Ternakan Ruminan Dan Bukan Ruminan) 270,000.00 270,000.00 100% 300 Bantuan Warga Tani (Bantuan Makanan Ternakan Akuakultur) 138,600.00 138,600.00 100% 154 Bantuan Warga Tani (Bantuan Pembelian Petrol Kepada Nelayan) 405,300.00 405,300.00 100% 1,351 Bantuan Warga Tani (Bantuan Bahan Mentah IAT) 11,500.00 11,500.00 100% 23 11 INISIATIF CAKNA ANAK BARISAN HADAPAN 1,000,000.00 1,000,000.00 856,250.00 86% 588 12 PORTAL PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (EPTRS.MY) – 250,000.00 250,000.00 – 33737 13 PROGRAM DIGITALISASI E-KITCHEN) 10,000,000.00 15,000,000.00 357,000 2% 86 14 PROGRAM DIGITALISASI E-PEMBEKAL PERUNCIT DAN MAKRO 5,000,000.00 15 SELANGOR FREELANCE 10,000,000.00 10,000,000.00 – 0% TIADA 16 INISIATIF RAKAN DIGITAL SELANGOR 3,000,000.00 3,000,000.00 – 0% TIADA 17 SKIM NIAGA DARUL EHSAN (NADI) 10,000,000.00 10,000,000.00 4,076,000 41% 1,003 18 PUSAT OPERASI C5I SMART SELANGOR DAN SMART SELANGOR CENTRE OF EXCELLENCE (COE2) 6,000,000.00 7,500,000.00 7,500,000.00 100% TIADA 100% TIADA 19 BANTUAN BANJIR #KITASELANGOR 2,000,000.00 2,000,000.00 2,000,000.00 100% TIADA 20 TABUNG COVID 19 – – TIADA JUMLAH 75,877,000.00 77,675,358.00 41,703,473.98 54.96%
375,037
LAMPIRAN B
PRESTASI PELAKSANAAN PAKEJ KITA SELANGOR 2.0 SEHINGGA 16 OGOS 2021
BIL INISIATIF IMPAK KEWANGAN
(RM)JUMLAH YANG TELAH DIBELANJAKAN
(RM)PERATUS BELANJA JUMLAH PENERIMA 1 PROGRAM BAKUL MAKANAN 8,590,000.00 PERUNTUKAN KHAS PROGRAM MESRA RAKYAT: ADUN
(RM5,600,000.00)5,600,000.00 1,715,748.95 30.6% 32,402 Ahli Parlimen
(RM480,000.00)480,000.00 99,231.10 20.7% 2,481 MPKK
(RM2,510,000.00)2,510,000.00 603,582.00 24.0% 13,208 2 BANTUAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA PESAKIT COVID19 YANG MENINGGAL DUNIA 1,500,000.00 – 0.0% – 3 BANTUAN KHAS RM500 ORANG KURANG UPAYA (OKU) 600,000.00 171,500.00 28.6% 343 4 MORATORIUM USAHAWAN HIJRAH SELANGOR SELAMA SATU SETENGAH BULAN (1.5 BULAN)
11,350,000.00 11,350,000.00 100% 40,000 5 HOTLINE KHUSUS ADUAN KEGANASAN RUMAHTANGGA 100,000.00 – – – 6 PENANGGUHAN BAYARAN BALIK
PINJAMAN PELAJARAN BAGI GRADUAN TAHUN 20211,300,000.00 73,064.00 5.6% 53 7 PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR ‑PTRS 2,100,000.00 2,173,500.00 100% 30,000 8 PORTAL ePTRS.MY 500,000.00 – – 33,737 9 PENANGGUHAN BAYARAN SEWA PPR DAN SMART SEWA 900,000.00 900,000.00 100% 3,109 10 BANTUAN KHAS BUAT PENGUSAHA DAN GURU PENDIDIKAN AWAL ‑TADIKA PENGUSAHA TADIKA 458,100.00 – 0% – GURU TADIKA 1,529,550.00 11 BANTUAN MAHASISWA SELANGOR 1,500,000.00 918,400.00 61.23% 4,592 12 PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN PELAJARAN BIASISWA YAYASAN SELANGOR 1,000,000.00 1,000,000.00 100% 286 13 DATA INTERNET SELANGOR 17,500,000.00 – 0% – 14 SKIM INTERNET SELANGOR KATEGORI M40 ‑(SISM40) – – – – 15 SELANGOR ADVANCE ‑
(TAMBAHAN DANA)200,000,000.00 – 0.0% – 16 PROGRAM JAMINAN BEKALAN MAKANAN 10,000,000.00 – 0.0% – 17 PROGRAM AGRO PRIHATIN 1,500,000.00 553,635.00 36.9% 157 18 PROGRAM PENINGKATAN HASIL 1,930,000.00 – 0.0% 19 PINJAMAN HIJRAH SELANGOR 80,000,000.00 35,018,000.00 43.8% 3,501 20 PLATS SELANGOR – – – 21
PAKEJ RANGSANGAN INDUSTRI
PELANCONGAN NEGERI SELANGOR 2.02,550,000.00 – – Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti
Pelancongan Negeri Selangor2,550,000.00 – – – Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 – – Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan
Pelancongan Negeri Selangor– – Bantuan Kewangan ‘One-off’ kepada Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor. – – 22 UJIAN SARINGAN COVID19 KOMUNITI FASA 3 10,700,000.00 6,340,050.00 59.3% 70,445 23 HOME ASSESSMENT TOOL 1,250,000.00 84,250.00 6.7% 337 24 REBAT PENGANGKUTAN BAGI PENGAMBILAN VAKSIN 1,000,000.00 38,725.00 3.9% 9,737 25 KAWALAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 500,000.00 – 0.0% – 26 SELANGOR COVID19 VACCINATION
PROGRAM ‑(SCVP)200,000,000.00 175,600,000.00 87.8% 252,412 JUMLAH 551,600,000.00 236,639,686.05 42.90% 496,800 -
Apakah jenis kerjasama Jawatankuasa Tetap Kemiskinan ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor masa PKP/PKPD?
Pandemik Covid-19 merupakan satu cabaran global yang memberi impak yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan Negeri juga sedar bahawa isu kebajikan masyarakat di Negeri Selangor perlu diberikan perhatian yang serius dan menjadi fokus utama dalam pelbagai dimensi. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha sedaya-upaya bagi menjamin keseimbangan antara kehidupan dan kebajikan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Lanjan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor secara spesifiknya tiada program sewaktu tempoh PKP mahupun PKPD secara kerjasama bersama Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, ataupun pada masa kini lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio-Ekonomi, namun JKM Negeri Selangor sentiasa membuat jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri di mana sejumlah RM13.75 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor pada tahun 2021 ini bagi melaksanakan program-program bantuan khusus dalam menjaga kebajikan rakyat di Negeri Selangor.
Antara program yang telah dilaksanakan oleh JKM Negeri Selangor dengan menggunakan peruntukan tersebut adalah Bantuan Am Negeri, dengan memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai dengan tiga kadar iaitu RM250, RM300 atau RM350 sebulan kepada keluarga miskin dan kumpulan sasar lain yang memerlukan. Selain tu, JKM Negeri Selangor juga melaksanakan program Bantuan Pemulihan Bencana iaitu dengan pemberian wang tunai dengan kadar maksimum sebanyak RM5,000 kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kes-kes bencana alam.
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membantu rakyat khususnya golongan B40 dalam menjana pendapatan harian sekaligus dapat mengurangkan beban kos sara hidup. Justeru itu, JKM Negeri Selangor juga telah melaksanakan Program Bantuan Latihan Perantis dengan kadar RM250 sebulan yang dipertimbangkan kepada semua kumpulan sasar JKM yang bersedia untuk mengikuti latihan kemahiran atau penempatan kerja bagi menambahkan kemahiran dalam sesuatu bidang.
Sehingga kini, JKM Selangor telah membelanjakan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Am Negeri dengan 5,230 kes, RM66,460 bagi Bantuan Pemulihan Bencana dengan 39 kes dan RM39,000 bagi Bantuan Latihan Perantis dengan 23 kes. Secara keseluruhannya, JKM Negeri Selangor telah membelanjakan sebanyak 70% daripada peruntukan yang disalurkan iaitu sebanyak RM9.6 juta.