Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

91) BANTUAN KEPADA TADIKA

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk membantu para pengusaha tadika swasta di Selangor?

    Jumlah peruntukan yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk program Bantuan Khas Pendidikan Awal Negeri Selangor adalah sebanyak RM1.9 Juta.

  2. Berapa banyak peruntukan ini telah digunakan sekarang dan senaraikan penerima serta amaun yang diterima oleh setiap satu pengusaha ini?

    Jumlah agihan dibahagikan kepada dua kategori iaitu bantuan kepada pengusaha tadika sebanyak RM450.00 kepada pengusaha tadika dan RM150.00 kepada guru tadika. Agihan akan mula dilaksanakan pada bulan September kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.