Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
47) BANTUAN KEPADA SEKOLAH BAGI KAWASAN DUN KOTA DAMANSARA 2024
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bantuan yang kerajaan negeri atau MBI berikan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan menengah bagi kawasan DUN Kota Damansara pada tahun 2024.
Kerajaan Negeri Selangor dalam Belanjawan 2024 telah menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM26.5 Juta bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor yang merupakan program bantuan kepada sekolah di negeri Selangor bagi membaikpulih infrastruktur sekolah. Jumlah peruntukan bagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah bagi kawasan DUN Kota Damansara adalah berjumlah RM204,000.00. Senarai sekolah bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2024 bagi DUN Kota Damansara kategori Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah adalah seperti berikut:
BIL. NAMA SEKOLAH JUMLAH KELULUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN 1. SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA RM15,000.00 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN 1. SJKC SUBANG RM70,000.00 2. SJK(C) SUNGAI BULOH RM50,000.00 3. SJKT RRI SUNGAI BULOH RM55,000.00 SEKOLAH MENENGAH 1. SMK SUBANG BESTARI RM14,000.00 SEKOLAH AGAMA RAKYAT 1. INTEGRATED ISLAMIC SCHOOL KOTA DAMANSARA RM16,422.00 2. KAFA INTEGRASI AL-HIKMAH SUBANG BESTARI RM20,000.00 3. KAFA INTEGRASI AL-IKHLAS (LGM) RM20,000.00 4. KAFA INTEGRASI AL-JANNAH MUTIARA SUBANG RM20,000.00 5. KAFA INTEGRASI AL-MUBARAK RM20,000.00 6. KAFA INTEGRASI DARUS SALIM RM20,000.00 7. KAFAI MASJID SUBANG PERDANA RM25,000.00 8. MAAHAD AL-QURAN AR-RAFIQ RM20,000.00 9. SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTEGRASI AL-FAIZEEN RM17,072.00 10. SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG MELAYU SUBANG RM50,000.00 11. SEKOLAH RENDAH AGAMA KOTA DAMANSARA 5 RM25,000.00 12. SEKOLAH RENDAH ISLAM AL IMAN RM20,000.00 13. SEKOLAH RENDAH ISLAM AL IMAN 2, DESA SUBANG RM20,000.00 14. SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SAKINAH RM20,000.00 15. SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU SINA RM20,000.00 16. SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL-FAIZEEN RM20,000.00 17. SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI ASSOLAAH RM20,000.00 18. SEKOLAH RENDAH ISLAM REHAL RM20,000.00 Selain itu, bantuan kewangan Menteri Besar Incorporated (MBI) turut disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan/ Sekolah Menengah Kebangsaan merangkumi sumbangan menaiktaraf/membaik pulih infrastruktur sekolah, sumbangan PIBG sekolah dan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dalam memacu pendidikan di Negeri Selangor ke arah yang lebih baik.
-
Berapakah jumlah yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah bagi DUN Kota Damansara?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sejumlah RM597,494.00 (Enam Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Empat Sahaja) kepada 23 buah sekolah bagi semua kategori sekolah di kawasan DUN Kota Damansara iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat bagi pelaksanaan Program Bantuan Sekolah tahun 2024 manakala Sumbangan Kewangan dari pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) adalah berjumlah RM75,800.00 (Tujuh Puluh Lima Ribu Lapan Ratus Sahaja) melibatkan 25 buah sekolah di kawasan DUN Kota Damansara.