Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

3) BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selepas 4 tahun dasar ini dilaksanakan berapa banyak sekolah-sekolah yang telah memperoleh bantuan? Sila jumlahkan mengikut kategori

    Jumlah penerima Bantuan Pendidikan mengikut kategori sekolah adalah seperti berikut:

    Kategori Sekolah    
    Bantuan Pendidikan
       
    Sekolah Agama Rakyat (SAR) 256 buah
    Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 112 buah
    Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 97 buah

    Bilangan Penerima

    Nota: (*) Kerajaan Negeri masih dalam pengumpulan data Sekolah Agama Rakyat (SAR) kerana Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang beroperasi di negeri Selangor tidak berdaftar dengan agensi kerajaan sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Oleh itu, usaha untuk mendapatkan data-data yang tepat berkenaan kewujudan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Selangor sedang diusahakan.Data sedia ada ini adalah berdasarkan data yang didapati daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan borang-borang permohonan Bantuan Pendidikan yang diterima.

  2. Berapakah bidang/jenis/tujuan bantuan yang sering dipohon oleh sekolah- sekolah?

    Permohonan Bantuan Pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terdapat dua (2) kategori. Iaitu:

    • Fizikal

    Contoh: Bina bangunan tambahan, bina dewan serbaguna, membina susur gajah, membina gelanggang bola keranjang, pembelian komputer Pemasangan kamera litar tertutup, mengecat sekolah

    • Bukan fizikal

    Contoh: Bantuan Yuran, Sukan Tahunan Sekolah

    Walau bagaimanapun, permohonan berbentuk fizikal dan infrastruktur akan diberi keutamaan berdasarkan hasrat kerajaan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah – sekolah di Negeri Selangor.

  3. Apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan peruntukkan yang disalurkan benar-benar dimanfaatkan untuk tujuan permohonan?

    Kerajaan Negeri ada membuat pemantauan dengan memohon pihak sekolah mengemukakan laporan pelaksanaan projek (berserta gambar) dan laporan perbelanjaan kepada urus setia Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor. Selain itu juga, Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan dan Jawatankuasa Kecil Penilai Bantuan Pendidikan yang terdiri daripada Ahli Undangan Negeri (ADUN) ada juga membuat lawatan tapak ke sekolah-sekolah. Hasil daripada laporan tersebut, Jawatankuasa Penilai Bantuan Pendidikan dapat membuat penilaian ke atas sekolah yang memohon dan menerima bantuan. Sekiranya pelaksanaan projek dan perbelanjaan masih belum mencapai 70% maka permohonan seterusnya yang dikemukakan oleh sekolah kepada pihak Kerajaan akan ditolak atau dikategorikan sebagai tidak layak menerima bantuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.