Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

43) BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peruntukan RM 6 juta setahun diberi kepada sekolah-sekolah agama rakyat di Selangor. Berapakah sekolah agama rakyat yang mendapat faedah dari bantuan ini?

    Sejumlah 256 buah Sekolah Agama Rakyat telah menerima bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor bermula tahun 2009 sehingga 2011.

  2. Oleh kerana banyak sekolah agama yang memerlukan, tidakkah ada cadangan menambah peruntukkan untuk keperluan sekolah?

    Memang tidak dinafikan terdapat banyak sekolah agama yang memerlukan bantuan dan dengan peruntukan yang diluluskan sejumlah RM 6 Juta setiap tahun adalah tidak mencukupi berbanding bilangan sekolah dan bangunan sekolah yang daif adalah banyak. Justeru itu, sejumlah RM 9 Juta daripada Grant Selangorku akan diperuntukkan untuk memenuhi keperluan sekolah agama yang memerlukan.

  3. Tidakkah wajar sekolah agama bantuan kerajaan juga mendapat bantuan sekiranya sekolah berkenaan berkeadaan daif?

    Sangat wajar mana-mana sekolah yg berkeadaan daif patut dibantu, sama ada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.