Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

341) BANTUAN KEPADA RUMAH TERLIBAT DENGAN BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat Selangor sekiranya rumah mereka terkesan dengan banjir?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor memberikan Bantuan Wang Ihsan berdasarkan kadar yang telah dinyatakan di dalam ketetapan Surat Ikatan Kumpulan Wang Tabung Bencana Khas Negeri Selangor seperti berikut:

    BIL. PERKARA

    KADAR MAKSIMUM (RM)

    1. Mangsa Banjir:

    1. Banjir
    2. Banjir Kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)
     

     

    500.00

    250.00

    (kadar maksimum setahun)

     

    Selain itu juga, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memberikan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir dengan syarat-syarat seperti berikut:

  2. Senaraikan jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rumah-rumah yang terlibat banjir dalam masa 3 tahun ini dan senaraikan jenis bantuan yang diberikan mengikut kawasan DUN yang terlibat.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang telah diuruskan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah terhadap mangsa-mangsa banjir dalam tempoh 3 tahun diperincikan mengikut daerah seperti berikut:

     

    DAERAH 2022 2023 2024 JUMLAH
    PETALING RM59,950.00 RM213,750.00 RM0.00 RM273,700.00
    KLANG RM18,100.00 RM147,800.00 RM0.00 RM165,900.00
    GOMBAK RM48,750.00 RM131,250.00 RM58,000.00 RM238,000.00
    HULU LANGAT RM89,450.00 RM83,450.00 RM35,750.00 RM208,650.00
    SEPANG RM131,750.00 RM0.00 RM5,000.00 RM136,750.00
    KUALA LANGAT RM0.00 RM0.00 RM17,000.00 RM17,000.00
    KUALA SELANGOR RM92,050.00 RM110,250.00 RM28,650.00 RM230,950.00
    HULU SELANGOR RM46,750.00 RM14,500.00 RM5,250.00 RM66,500.00
    SABAK BERNAM RM3,250.00 RM21,500.00 RM0.00 RM24,750.00
    JUMLAH RM490,050.00 RM722,500.00 RM149,650.00 RM1,362,200.00

Lampiran

Tiada Lampiran.