Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
205) BANTUAN KEPADA RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa dan dalam bentuk apakah sumbangan telah diserahkan?
Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi Rumah Ibadat Selain Islam. Peruntukan tersebut diberikan di dalam bentuk kewangan kepada Persatuan keagamaan bagi tujuan berikut:
- Baik pulih bangunan keagamaan sedia ada;
- Sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan;
- Pendidikan keagamaan; dan
- Pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama.
-
Berapakah bilangan rumah ibadah telah berdaftar dan beroleh kebenaran merancang di Meru?
Bilangan rumah ibadah yang terdapat dalam inventori pihak Majlis Perbandaran Klang di kawasan Meru adalah sebanyak 21 buah iaitu 10 buah tokong dan 11 buah Kuil. Tiada permohonan Kebenaran Merancang yang telah diterima bagi kawasan Meru daripada tahun 2011 hingga tahun 2016 bagi tujuan rumah ibadat selain Islam.
-
Siapakah penerima sumbangan tersebut?
Antara persatuan keagamaan Selain Islam yang telah menerima bantuan Rumah Ibadat Selain Islam di Meru pada tahun 2016 adalah seperti berikut:
BIL NAMA PERSATUAN TUJUAN PERMOHONAN JUMLAH BANTUAN (RM) 1. Persatuan Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman Baikpulih 10,000.00 2. Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Boon Hean Baikpulih 10,000.00 3. Persatuan Penganut Dewa Tew Seng Keng, Meru Aktiviti keagamaan 7,000.00 JUMLAH 27,000.00 Jadual : Penerima bantuan RIBI di Meru