Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

248) BANTUAN KEPADA PETANI/PESAWAH KESAN BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri kepada petani-petani yang terkesan kerana banjir?

    Setakat ini Kerajaan Negeri tiada bantuan khas bagi petani-petani yang terkesan kerana banjir. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap petani atau usahawan yang mengalami kerugian akibat kerosakan tanaman disebabkan Justeru itu, mereka perlu melaporkan kejadian tersebut kepada Pejabat Pertanian Daerah (PPD) dengan memberikan laporan polis, gambar kerosakan serta nilai kerosakan tanaman melalui borang yang disediakan di PPD. Pihak PPD akan turun untuk melakukan siasatan pengesahan dan penilaian dan setelah selesai PPD akan mengangkat laporan tersebut ke Jabatan Pertanian Ibu Pejabat Shah Alam untuk diangkat ke pihak Kerajaan Negeri (UPEN) bagi tujuan permohonan bantuan Kerajaan Negeri pada masa tersebut.

  2. Apakah bentuk bantuan yang diberi selama 3 musim bergilir-gilir bagi setiap lot sawah dan berapa kos setiap satu bantuan tersebut?

    Buat masa ini tidak ada bantuan diberikan selama 3 musim bergilir-gilir bagi setiap lot sawah. Walau bagaimanapun, di bawah Jabatan Pertanian Negeri memperuntukan setahun peruntukan sebanyak 1.8 juta yang merangkumi Insentif Peningkatan Hasil Padi, Pengurusan Pemuliharaan dan Peningkatan Kesuburan Tanah.

    Kajian dan Kertas Kerja Peningkatan Hasil di Jelapang Padi Selangor telah dibentangkan untuk diangkat ke mesyuaraat MTES bagi menaiktaraf infrastruktur pengairan jelapang padi Negeri Selangor dengan nilai permohonan sebanyak RM 1,311,755,750.00 [Satu Billion Tiga Ratus Sebelas Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Lima Ribu dan Tujuh Ratus Lima Puluh Ringgit] seperti butiran berikut :-

     

    • Insentif Penigkatan Hasil Padi – RM 13,875,750.00
    • Sistem Pengairan Dan Saliran – RM 283,100,000.00
    • Penambahbaikan Sistem Tersier (Palong) dan Sistem Saliran – RM 1,008,100,000.00
    • Penyelanggaran Jalan Ladang – RM 5,300,000.00
    • Perolehan Mekanisasi – RM 1,380,000.00
  3. Bagaimana kerajaan membantu pesawah dari sudut infra jalan untuk laluan jentera dan pesawah?

    Buat masa ini, bagi tujuan bantuan infra jalan untuk laluan jentera pesawah akan disediakan oleh pihak IADA Barat Laut dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bernilai RM2,500,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.