Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
174) BANTUAN KEPADA PETANI DAN PESAWAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bantuan yang Kerajaan Negeri berikan kepada petani dan pesawah dalam mengurangkan kos tanaman padi disebabkan kenaikan kos input terutamanya akibat kenaikan harga baja dan racun padi yang mendadak?
Di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK 12) Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM14.5 juta untuk program pembangunan tanaman padi, manakala Kerajaan Pusat memperuntukkan RM13.35 juta (RM6.3 juta – peruntukan Jabatan Pertanian dan RM7.05 juta Peruntukan IADA Barat Laut Selangor). Bagi tahun 2023 sebanyak RM2.0 juta diperuntukkan bagi pembangunan tanaman padi.
Bagi memastikan hasil tanaman padi di Negeri Selangor dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi beberapa strategi telah dirancang seperti berikut:
- Menggalakkan penggunaan varieti padi yang bermutu, tahan penyakit dan berhasil tinggi.
- Pengurusan penanaman yang seragam/serentak di setiap blok sawah dan mematuhi jadual aktiviti tanaman padi berdasarkan Manual Rice Check yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.
- Penggunaan produk terkini dan berkesan yang berasaskan asid amino, asid humik dan asid fulvic dalam peningkatan hasil padi dan ketahanan penyakit.
- Pemulihan tanah melalui penggunaan mirkob berfaedah seperti tricoderma sp., bacillus sp. dan sebagainya.
- Memperkasakan aktiviti pengembangan melalui penubuhan Farmer Field School (FFS) di bawah Jabatan Pertanian bagi meningkatkan kemahiran pesawah dalam aspek penanaman padi.
- Penggunaan jentera dan automasi terkini bagi perataan sawah, pembajaan, penuaian hasil dan pengurusan racun perosak.
Butiran Peruntukan Pembangunan Tanaman Padi Tahun 2023 adalah seperti: