Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
164) BANTUAN KEPADA PESAWAH PADI AKIBAT WABAK BLB (BACTERIA LEAVE BLIGHT)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pesawah padi yang telah diberi bantuan oleh kerajaan negeri akibat serangan wabak BLB pada musim awal tahun 2017?
Tiada bantuan yang diberikan kepada pesawah di musim awal 2017 memandangkan bantuan kewangan tersebut hanya diberikan untuk penanaman musim ke 2/2016.
-
Berapakah jumlah bantuan yang telah di berikan kepada mereka?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengawal serangan wabak tersebut dari merebak?
Bagi memastikan serangan dapat dikawal, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Selangor akan sentiasa memberikan penerangan berkenaan dengan kaedah dan tatacara yang betul terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja meracun dan membaja. Ini adalah kerana hasil dari penelitian oleh pihak jabatan, penyebaran penyakit tersebut banyak disumbangkan oleh kaedah kerja yang tidak menitik beratkan kebersihan diri terutamanya pakaian semasa kerja-kerja tersebut dijalankan.
Selain dari itu, faktor cuaca turut menjadi punca kepada penyebaran penyakit tersebut khususnya pada musim ke dua di mana pada ketika itu iainya melalui musim tengkujuh dan keadaan angin yang kuat yang secara tidak langsung akan mempercepatkan lagi penyebaran penyakit tersebut.