Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

268) BANTUAN KEPADA PESAKIT DIALISIS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik mengikut daerah.

    Pada tahun 2015, sebanyak 20 Panel Dialisis Sihat Selangor telah dilantik. Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berhasrat untuk menambah 20 Panel Dialisis Sihat Selangor. Jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik pada tahun 2015 mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    BIL DAERAH JUMLAH PUSAT DIALISIS YANG

    DILANTIK

    1. Petaling 9
    2. Hulu Langat 6
    3. Klang 3
    4. Kuala Selangor 2
    JUMLAH 20

    Berikut adalah senarai Panel Dialisis Sihat Selangor yang telah dilantik pada tahun 2015:

     

    BIL NAMA PUSAT DIALISIS
    1. Renal Care Dialysis Services Sdn. Bhd., Petaling Jaya
    2. Pusat Hemodialisis Mawar, Seri Kembangan
    3. Pusat Dialysis Mesra S/B, Klang
    4. Persatuan Dialisis Touch Petaling Jaya
    5. Syukur Dialisis Sdn Bhd, Shah Alam
    6. Pusat Dialisis An-Nur Seksyen 13, Shah Alam
    7. Pusat Hemodialysis Harmoni (Kota Damansara), Petaling Jaya
    8. Renal Team Dialysis Centre, Petaling Jaya
    9. Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd. Pusat Putra Permai, Seri

    Kembangan

    10. Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd., Taman Lestari Perdana, Seri

    Kembangan

    11. Subang Dialysis Centre (Asia Renal Network Sdn. Bhd.) Subang Jaya
    12. Persatuan Dialisis Kurnia Petaling Jaya
    13. Islah Dialisis Sdn. Bhd., Ampang Jaya
    14. Pusat Hemodialysis Harmoni (Sg. Long), Kajang
    15. Pusat Perubatan Dialisis (Cerqofy Sdn. Bhd.), Kajang
    16. Pusat Dialisis Nephrocare, Klang
    17. Pusat Dialysis Mesra S/B, Sungai Buloh
    18. Jerteh Dialysis Centre Sdn. Bhd., Klang
    19. Pusat Dialysis Mesra S/B, Kuala Selangor
    20. Yayasan Islam Darul Ehsan (Mais), Kuala Selangor

     

  2. Nyatakan jumlah pesakit dialisis yang mendapat Bantuan Kesihatan Sihat Selangor mengikut tahun dan daerah.

    Pada tahun 2014, seramai 122 orang telah mendapat bantuan dialisis melalui program Bantuan Sihat Selangor dengan jumlah bantuan sebanyak RM 253,727.30. Bantuan ini telah mendapat permintaan yang tinggi dan pada tahun 2015 seramai 250 orang telah mendapat bantuan ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM 854,479.00. Berikut adalah jumlah pesakit dialisis yang mendapat Bantuan Kesihatan Sihat Selangor mengikut tahun dan daerah:

     

    DAERAH

     

    2014

     

    2015

     

    Klang

    25 80
     

    Petaling

    20 34
     

    Kuala Langat

    12 7
     

    Kuala Selangor

    17 21
     

    Sabak Bernam

    0 10
     

    Hulu Langat

    11 22
     

    Gombak

    21 31
     

    Sepang

    7 11
     

    Hulu Selangor

    2 8
     

    Lain-lain kawasan

    7 26
     

    JUMLAH

    122 250

     

  3. Nyatakan keberkesanan Panel Dialisis Sihat Selangor membantu pesakit dialisis yang kurang berkemampuan

    Pada masa ini, Panel Dialisis Sihat Selangor yang telah dilantik banyak membantu pesakit di dalam membuat permohonan bantuan Sihat Selangor terutama bagi permohonan Dialisis. Kewujudan Panel Dialisis Sihat Selangor juga membolehkan pesakit yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di Panel-panel dan Pusat-pusat Dialisis yang berdekatan. Selain itu, Panel Dialisis turut menyalurkan maklumat berkaitan Bantuan Sihat Selangor kepada orang

Lampiran

Tiada Lampiran.