Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
150) BANTUAN KEPADA PELAJAR LUAR NEGARA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah pelajar tajaan Kerajaan Negeri yang belajar di luar negara?
Hanya 10 orang pelajar di bawah Program Khas Universiti Islam Madinah, Arab Saudi kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang ditaja oleh Kerajaan Negeri. Pelajar-pelajar ini baru sahaja memulakan pengajian pada Oktober 2015 dan dijangkakan akan tamat pengajian pada Oktober 2021.
-
Apakah tindakan kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar Selangor di luar negara yang menghadapi krisis ekoran kejatuhan nilai ringgit?
Kejatuhan nilai ringgit tidak akan menjejaskan bantuan kepada pelajar Selangor di luar negara. Ini disebabkan bantuan tajaan kepada 10 pelajar tersebut adalah berdasarkan matawang Riyal Saudi dan tidak ditetapkan dalam nilai ringgit. Yuran pengajian dan semua elaun berkaitan dibayar dalam matawang Riyal Saudi berdasarkan invois yang dikemukakan oleh pihak universiti dari masa ke semasa.