Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

133) BANTUAN KEPADA PEKEBUN-PEKEBUN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pekebun-pekebun sayur membaharui permit penggunaan tanaman di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sebahagian kawasan Kampong Sungai Kelambu? i) Sila menyatakan tapak tanah Kerajaan yang di buka untuk tujuan tanaman sayur-sayuran di Daerah Kuala Langat dan Sepang? ii) Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para pekebun yang memainkan peranan sebagai perangsang ekonomi Negeri?

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih lagi membekukan untuk pembaharuan permit penggunaan di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan di sebahagian kawasan Kampong Sungai

     

    Tapak Tanah kerajaan yang dibuka untuk tujuan tanaman sayur- sayuran di Daerah Kuala Langat adalah 3 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) :

     

    TKPM BIL PESERTA LUAS(HA)
    B.CHANGGANG 14 60.70
    SG. KELAMBU 18 80.00
    KUNDANG 41 120.00

     

    Manakala di Daerah Sepang terdapat 2 TKPM iaitu:

     

    TKPM BIL PESERTA LUAS(HA)
    SG. BLANKAN 151 400.00
    H.CHUCHUH 21 100.00

     

    1. Jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para pekebun yang memainkan peranan sebagai perangsang ekonomi Negeri adalah:

     

    BUTIRAN (KOD) PROJEK PERUNTUKAN 2013 (RM)
    01000 Pembangunan Taman Agroteknologi (TKPM) 1,400,000
    02000 Pembangunan Tanaman Makanan

    -Padi, Sayur, Buah, Kelapa

    5,040,000
    03000 Pembangunan Tanaman Industri

    -Nanas, Umbisi

    300,000
    04000 Pembangunan Industri Bunga dan Tanaman Hiasan

    -orkid dan bunga-bungaan

    200,000
    05000 Pembangunan Industri Asas Tani 1,251,000
    10000 Pembangunan Pertanian Bersepadu

    -cendawan, integrasi lebah, herba

    100,000
    12000 Perkhidmatan Pengembangan dan Perundingan

    -latihan petani, seminar, kursus

    916,000
    13000 Pembangunan Tanah Bermasalah

    -pertanian tanah gambut, asid sulfik, bekas lombong

    250,000
    14000 Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar 250,000
     

    JUMLAH

     

    9,707,000

     

Lampiran

Tiada Lampiran.