Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

160) BANTUAN KEPADA PEKEBUN KECIL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan yang telah diberi kepada pekebun-pekebun kecil kerana hasil tanaman mereka yang merosot angkara haiwan perosak?

    Pada tahun 2013, Jabatan Pertanian telah memasang perangkap monyet
    di 20 lokasi di sekitar Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan
    Gombak Petaling dan sebanyak 1386 ekor monyet telah ditangkap
    sepanjang tahun 2013. Dengan kerjasama Jabatan Perhilitan, monyet- monyet yang telah diperangkap akan dipindahkan oleh Jabatan Perhilitan
    ke hutan simpan atau kawasan yang bersesuaian.
    Bagi kawalan perosak babi hutan, petani digalakkan untuk memasang
    pagar pukat, kawalan menggunakan zink atau memasang perangkap.
    Jadual 2 dan Jadual 3 menunjukkan laporan lokasi yang telah diberi
    bantuan untuk mengawal serangan perosak monyet oleh Jabatan
    Pertanian pada tahun 2013 dan sehingga Mac 2014.
    Bagi kawasan penanaman kelapa, selain monyet dan khinzir menjadi
    haiwan perosak, tanaman kelapa juga berhadapan dengan serangga
    perosak yang mengancam pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman
    kelapa. Antara serangga perosak tersebut adalah seperti:-
    i. Kumbang tanduk
    ii. Kumbang Jalur Merah
    iii. Ulat Artona
    iv. Ulat Beluncas
    v. dan Kumbang Perosak Pucuk Kelapa
    Oleh itu petani-petani perlu membuat kawalan secara bersepadu
    memastikan pokok kelapa yang ditanam tumbuh dengan sihat dan
    seterusnya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.
    Pada bulan Oktober Tahun 2013 yang lalu, Kempen Kawalan Perosak
    Kelapa dilancarkan serentak di seluruh daerah di Negeri Selangor,
    bertujuan untuk memberi penerangan tentang perosak-perosak utama
    tanaman kelapa, yang boleh menjejaskan produktiviti tanaman seterusnya
    memberi kesan negatif kepada pendapatan petani.
    Kempen Kawalan Perosak Kelapa Peringkat Negeri Selangor telah
    dilancarkan oleh Y.B. Exco Pertanian pada 22 Oktober 2013 di Daerah
    Sabak Bernam dan antara aktiviti telah dilaksanakan dalam program
    tersebut kursus kawalan perosak kelapa, gotong-royong dan penyerahan
    bantuan racun Cypermethren kepada Ketua Kelompok projek kelapa
    untuk kawalan serangga perosak kelapa ( 6 Ketua kelompok).
    Selain daerah Sabak Bernam, daerah-daerah yang lain di Selangor turut
    melancarkan kempen dan melaksanakan program kawalan perosak
    kelapa di daerah masing-masing.

  2. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan semula hasil tanaman mereka?

    Pekebun-pekebun kecil yang mengalami masalah serangan perosak- perosak tersebut boleh memohon bantuan daripada Pejabat Pertanian
    Daerah berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta insentif
    peningkatan hasil tanaman untuk projek mereka yang terjejas.

Lampiran

Tiada Lampiran.