Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
49) BANTUAN KEPADA PBT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi membantu PBT yang mengalami masalah kewangan kritikal?
Antara tindakan proaktif Pihak Berkuasa Negeri bagi membantu PBT yang mempunyai permasalahan kewangan adalah dengan mengadakan lawatan bagi menyemak kedudukan kewangan PBT-PBT di Negeri Selangor.
Melalui lawatan tersebut, Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti di mana ruangruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh PBT bagi memperbaiki kedudukan kewangan masing-masing. PBT-PBT juga telah dipelawa untuk menyertai Jawatankuasa Tunai Negeri di mana PBT boleh melaburkan aset tunai masing-masing di dalam pelaburan jangka pendek bagi menambah pendapatan.
Selain itu, bagi Kerajaan Negeri turut memberi bantuan kewangan dengan menyalurkan bantuan kecemasan kepada PBT-PBT yang mengalami bencana di kawasan masing-masing. Sebagai contoh, bantuan berjumlah RM2.5 juta kepada MP Selayang bagi kos memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Sungai Kertas.
Kerajaan Negeri turut membantu menyelesaikan tunggakan hutang kepada Alam Flora kepada MD Kuala Selangor dan MD Sabak Bernam.
Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan turut menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM50,000 kepada Majlis Daerah.
-
Berapa lamakah tempoh bantuan tersebut disalurkan?
Tiada tempoh masa tertentu yang diambil bagi menyalurkan bantuan-bantuan tersebut kerana disalurkan secara one-off mengikut keperluan PBT masing-masing. Walau bagaimanapun, pemantauan terhadap kedudukan kewangan PBT akan dilakukan secara berterusan.