Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

252) BANTUAN KEPADA NELAYAN YANG TERKESAN BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan membantu golongan ini yang terkesan mata pencarian apabila sampan juga peralatan mereka hanyut, tenggelam, terbalik dan sebagainya?

    Laporan yang diterima daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor (LKIM) memaklumkan bahawa seramai 3 orang nelayan yang terkesan akibat kerosakan kepada sampan-sampan mereka manakala selebihnya pula adalah merupakan kerosakan kepada harta benda dan kediaman iaitu seramai 158 nelayan.

    LKIM telahpun menghantar permohonan bantuan kepada golongan nelayan tersebut kepada pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI).

    Diperingkat Negeri Selangor pula, kesemua mereka yang terkesan akibat banjir telah diberikan bantuan berbentuk kewangan berjumlah RM1,000.00 untuk satu keluarga termasuk golongan nelayan.

    Bagi bantuan yang berkait terus dengan sampan atau enjin bot serta peralatan menangkap ikan, pihak Kerajaan Negeri telahpun menyediakan peruntukan berjumlah RM400,000.00 pada tahun 2022 di mana ianya termasuklah bantuan kepada golongan nelayan yang terjejas akibat banjir.

    Pada tahun 2021 dan 2020, sejumlah RM1,359,950.00 telah diperuntukkan khusus untuk bantuan kepada golongan nelayan dengan seramai 2,944 telah mendapat manfaat dari program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.