Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
181) BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI LUAR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan sumbangan wang daripada Kerajaan Negeri yang telah dan akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di luar Selangor pada tahun 2015.
Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor,Peruntukan Belanja Mengurus Pejabat Menteri Besar Selangor dan Peruntukan Kumpulan Wang Amanah Tabung Belanja Mengejut telah menyalurkan bantuan sejumlah RM2,400,000.00 kepada mangsa-mangsa bencana di luar Negeri Selangor. Senarai bantuan adalah seperti jadual berikut:
Bil. Penerima Sumbangan (RM) Catatan Kategori 1
Yayasan Darul Hijrah
(Bantuan Pasca Pemulihan Mangsa Banjir Pantai Timur)
500,000.00
Peruntukan daripada Tabung Bencana Khas
Negeri Selangor
Kewangan
2
Yayasan Islam Kelantan, Yayasan Ummah Sejahtera,
Pantas Selangor
(Bantuan Pasca Pemulihan Mangsa Banjir Pantai Timur)
290,000.00
Peruntukan daripada
Tabung Bencana Khas Negeri Selangor
Kewangan
3
Yayasan Ummah Sejahtera (Bantuan Pasca Pemulihan Mangsa Banjir Pantai Timur)
50,000.00
Peruntukan daripada Tabung Bencana Khas Negeri Selangor
Kewangan
4
Sumbangan kepada
Pusat Banjir Kuala Krai, Kelantan
10,000.00
Peruntukan belanja mengurus Pejabat Menteri Besar
Kewangan
5
Sumbangan Pasca Banjir Ke Negeri Kelantan
200,000.00
Peruntukan belanja mengurus Pejabat Menteri Besar Kewangan
6
Bantuan Tunai Kepada Kerajaan Negeri Kelantan
1,000.000.00
Peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Tabung Belanja Mengejut Kewangan
7
Bantuan Tunai Kepada Kerajaan Negeri Pahang
100,000.00
Peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Tabung Belanja Mengejut Kewangan
8
Bantuan Tunai Kepada Kerajaan Negeri Terengganu
100,000.00
Peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Tabung Belanja Mengejut Kewangan
9
Bantuan Tunai Kepada Kerajaan Negeri Perak
100,000.00
Peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Tabung Belanja Mengejut Kewangan
10
Misi Pertubuhan Sukarelawan Selangor (PANTAS)
*Bayaran Reimburse Banjir di Sarawak
50,000.00
Tabung Bencana Khas Negeri Selangor
Kewangan
JUMLAH RM 2,400,000.00 -
Adakah Kerajaan Negeri membina rumah kekal untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan? Jika ya, nyatakan butiran.
Melalui MMKN ke 7/2015 bertarikh 17 Februari 2015, Kerajaan Negeri Selangor, melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Tabung Bencana Khas Negeri Selangor , bersetuju membina 60 unit rumah bagi mangsa banjir di Kuala Krai dengan nilai keseluruhan projek tersebut RM 7 juta dilaksanakan oleh Selangor Industrial Corporation (SIC). Sejumlah RM 3,648,872.89 juta telah dibayar kepada SIC sebagai bayaran interim. Sejumlah 30 Unit (fasa 1) telah siap sepenuhnya, dan baki 30 unit (fasa 2) dijangka siap sepenuhnya menjelang September 2015. Laporan interim adalah seperti di lampiran.