Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
315) BANTUAN KEPADA MAHASISWA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bentuk bantuan yang disediakan kepada mahasiswa Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 11 program insentif pendidikan disediakan kepada mahasiswa anak Selangor seperti berikut:
Bil PROGRAM 1 Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2 Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (Timur Tengah) 3 Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (Top 100) 4 Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor (Timur Tengah) 5 Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor (Top 100) 6 Biasiswa Selangor BITARA (IPT) 7 Biasiswa Khas Sagong Tasi (IPT) 8 Biasiswa Khas Sagong Tasi (Sekolah Menengah) 9 Biasiswa Khas DYMM Sultan Selangor 10 Biasiswa Khas Kakitangan dan Akademik Negeri Selangor 11 Biasiswa Khas Huffaz Profesional -
Berapakah jumlah bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2023-2024?
Secara keseluruhannya, 11 program yang dinyatakan, Kerajaan Negeri telah membelanjakan anggaran sebanyak RM47.7 juta pada 2023 dan 2024. Pecahan seperti berikut:
Tahun Jumlah Perbelanjaan
(RM)
2023 20,467,970.67
2024 47,303,792.70
-
Adakah terdapat bantuan khusus yang diberikan kepada mahasiswa anak Selangor yang menuntut di UNISEL?
Untuk makluman, UNISEL telah pun tersenarai dalam Institusi Pengajian Tinggi yang ditaja di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) dan juga telah didaftarkan di dalam Sistem Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor (SPPS). Ini membolehkan mahasiswa anak Selangor yang menuntut di UNISEL mendapatkan pembiayaan pendidikan di bawah TKWBNS.