Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
96) BANTUAN KEPADA IKS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan syarikat IKS yang telah berdaftar dengan Negeri Selangor?
Syarikat – syarikat IKS di Negeri Selangor tidak berdaftar dengan Invest Selangor. Namun begitu, berdasarkan rekod oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebanyak 13,089 syarikat telah berdaftar dengan SME Corp. Malaysia di Negeri Selangor.
Manakala dibawah Hijrah Selangor pula, sebanyak 46,352 syarikat IKS yang melibatkan juga perniagaan mikro telah berdaftar dengan Hijrah Selangor.
-
Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu syarikat IKS?
Jenis – jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu syarikat IKS seperti berikut;-
- Bantuan Kewangan – Jenis bantuan yang disediakan dibawah Hijrah Selangor adalah skim pinjaman secara konvensional dan skim pinjaman Zero to Hero seperti berikut;-
- Skim Pinjaman Konvensional
- Skim 1: RM1,000 hingga RM5,000
- Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000
- Skim 3: RM15,000 hingga RM20,000
- Skim 4: RM30,000 hingga RM50,000
- Skim Pinjaman Konvensional
- Skim Pinjaman Zero To Hero
- Pakej RM4000.00
- Pakej RM5000.00
- Dana Usahawan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan memberikan bantuan kepada Usahawan-usahawan Industri Mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
Bantuan yang diberikan seperti;-
- Bantuan pembelian mesin / peralatan / perkakasan;
- Jumlah bantuan ditawarkan di bawah program ini adalah tidak melebihi RM 30,000 bagi satu permohonan / syarikat (tertakluk kepada kelulusan);
- Meningkatkan kualiti premis/perniagaan iaitu mengubahsuai/menaiktaraf;
- Pembangunan produk dan pensijilan seperti ujian nutrisi, pendaftaran cap dagang, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek, persijilan GMP, HALAL, HACCP, ISO dan lain-lain dalam mematuhi standard nasional, antarabangsa dan menembusi pasaran global;
- Pembiayaan sebahagian kos penyertaan usahwan ke ekspo jualan dan promosi di dalam dan luar Negara.
- Bantuan dalam mengembangkan pasaran produk IKS – Dalam usaha membantu syarikat IKS di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah menyediakan medium atau platform yang boleh membantu usahawan – usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan dan pasaran ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan usahawan – usahawan tempatan dalam pameran yang diadakan di dalam dan luar negara seperti program Selangor International Business Summit. Penang International Halal Expo 2019, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2019, The world Food & Beverage Great EXPO / Premium Food Show 2019 Japan, HOFEX Hong Kong 2019, SIAL Jakarta 2019 dan lain – lain dimana sebahagian kos penyertaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri melalui peruntukkan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan IKS Negeri Selangor.
Disamping penyertaan dalam pameran yang diadakan, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga turut membantu pihak syarikat untuk mengadakan pertemuan “Business Matching” bersama “Potential Buyers” sewaktu penyertaan di dalam program – program pameran di peringkat antarabangsa.
- Bantuan Pemasaran Produk Secara Atas Talian (Online) – melalui program ini, Kerajaan Negeri melalui SITEC menyediakan latihan kemahiran kepada usahawan – usahawan IKS yang berminat untuk memasarkan produk keluaran mereka secara atas talian (online).
- Penyelesaian Isu / Masalah – Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga membantu pihak syarikat bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi seperti persijilan halal, dan lain – lain kelulusan pembangunan yang dihadapi agar syarikat dapat beroperasi dengan sempurna.
- Bantuan Kewangan – Jenis bantuan yang disediakan dibawah Hijrah Selangor adalah skim pinjaman secara konvensional dan skim pinjaman Zero to Hero seperti berikut;-
-
Berapakah jumlah bantuan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu IKS?
Bantuan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu IKS melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan IKS Negeri Selangor adalah sebanyak RM 414,744 dimana pihak Kerajaan Negeri menangung sebahagian kos penyertaan pengusaha IKS dalam pameran yang diadakan di dalam dan luar negara seperti MIHAS 2019, The world Food & Beverage Great EXPO / Premium Food Show 2019 Japan, HOFEX 2019, Hong Kong, SIAL Jakarta 2019.
Selain itu, pihak Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM sebanyak RM 1.8 juta setahun melalui SITEC bagi menyediakan latihan dan kemahiran dalam perniagaan secara atas talian (online).
(Sumber : SITEC)
Dibawah Hijrah Selangor pula, sebanyak RM 459,287,500.00 telah dibelanjakan sejak tahun 2014 sehingga kini untuk program – program dibawah Hijrah Selangor.
(Sumber : Hijrah)