Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
200) BANTUAN KEPADA GOLONGAN WANITA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memberi manfaat atau bantuan kepada golongan wanita, terutamanya di DUN Teratai dalam tahun 2014?
Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dalam melaksanakan program yang memberi manfaat kepada semua golongan wanita dengan tidak mengambilkira faktor DUN.
Pelbagai program dan aktiviti pemberdayaan wanita telah dirangka untuk dilaksanakan setiap tahun oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor dan usahasama-usahasama sedia ada di bawah kendalian program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan penglibatan portfolio-portfolio lain serta jabatan dan agensi seluruh Selangor.
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan memberi dana atau insentif kepada pegawai PWB untuk menjalankan program Wanita di setiap DUN Selangor?
Kerajaan Negeri mengambil maklum penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap DUN di Selangor yang mana sehingga kini, sebanyak 46 buah PWB daripada 56 DUN telah ditubuhkan.
Pemberian dana atau insentif kepada pegawai PWB untuk menjalankan program wanita di setiap DUN Selangor sedang dalam pertimbangan pihak Kerajaan Negeri dan akan diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Namun demikian, Kerajaan Negeri tiada halangan dan sentiasa memberi sokongan kepada semua PWB yang aktif dalam melaksana dan seterusnya menjayakan program Kerajaan Negeri untuk manfaat golongan wanita dalam komuniti tersebut dengan penyaluran peruntukan yang bersesuaian dengan permohonan oleh PWB berkenaan.