Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

167) BANTUAN KEPADA GOLONGAN PEMANDU-PEMANDU TEKSI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa perancangan khas untuk membantu golongan pemandu-pemandu Teksi di dalam Negeri Selangor pada masa kini?

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri Selangor masih dalam perancangan dan mempertimbangkan untuk meneliti sekiranya terdapat sebarang cadangan dalam pelbagai bentuk program yang dapat membantu golongan pemandu-pemandu teksi, khususnya di Negeri Selangor.

  2. Sekiranya ada, apakah rangka bentuk rancangan-rancangan yang bakal atau sedang dijalankan bagi membantu golongan pemandu-pemandu teksi tersebut?

    Jawapan bagi soalan ini adalah sama seperti di jawapan a)

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada membantu dalam apa jua cara sekalipun golongan pemandu-pemandu teksi di Negeri Selangor ini?

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor melalui Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MiMBAR) menawarkan bantuan pinjaman kepada masyarakat yang berpotensi untuk menambahkan pendapatan, khusus kepada golongan peniaga dan usahawan yang telah memulakan perniagaan. Bantuan pinjaman ini juga layak dinikmati oleh golongan pemandu-pemandu teksi yang mempunyai lesen permit persendirian yang sah bagi membantu menampung kos penyelenggaraan dan lain-lain yang berkaitan dalam usaha memberikan kemudahan perkhidmatan awam kepada masyarakat dan mendatangkan pendapatan kepada golongan tersebut.

    Pemandu-pemandu teksi yang layak mendapatkan bantuan pinjaman ini, mestilah memenuhi antara syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:-

    1. Anak kelahiran Negeri Selangor ;
    2. Isteri atau suami pemandu teksi yang mempunyai pekerjaan dan berpendapatan tetap; dan
    3. Mempunyai tanggungan ahli keluarga yang melebihi 4 orang.
    4. Berkemampuan membuat pembayaran balik maksima selama satu (1) tahun berjadual.

Lampiran

Tiada Lampiran.