Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
125) BANTUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS (SKIM BANTUAN KEBAJIKAN NEGERI)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakakh Kerajaan Negeri berhasrat meningkatkan nilai bantuan kebajikan RM250 hingga RM350 ke satu nilai yang dilihat munasabah?
Buat masa ini Kadar Bantuan Am Negeri Selangor adalah setara dengan kadar yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti dari masa ke semasa kadar tersebut mengikut keperluan dan situasi semasa kewangan kerajaan. Sehingga Oktober 2024, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan RM12,786,250 Juta kepada 5,264 Penerima Bantuan Am Selangor.