Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
197) BANTUAN KEBAJIKAN MENGIKUT DUN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat mengikut DUN?
Sehingga 23 Mei 2014, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menerima Peruntukan Negeri sebanyak RM10,812,573.00 bagi membiayai Skim Bantuan AM, Bantuan Latihan Belia dan Bantuan Pemulihan Bencana. Peruntukan ini akan disalurkan kepada klien melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berdasarkan jumlah kes dan RM yang diperlukan setiap bulan. Walau bagaimanapun, peruntukan yang disalurkan ini masih tidak mencukupi untuk menampung kos bayaran bantuan kepada klien sehingga bulan Disember, 2014 dengan mengambil kira pertambahan kes baru dan juga kes pemulihan bencana. Justeru itu, pihak jabatan akan mengemukakan permohonan peruntukan tambahan bagi menampung kekurangan
-
Nyatakan statistik jumlah penerima bantuan dan kategorinya mengikut DUN?
Pihak Jabatan hanya mempunyai statistik penerima bantuan berdasarkan pecahan Parlimen. Berikut disertakan jadual penerima bantuan dan jumlah RM mengikut Parlimen sehingga April,
STATISTIK PENERIMA BANTUAN AM JKMN.SELANGOR MENGIKUT PARLIMEN BAGI TEMPOH JANUARI – APRIL, 2014
BIL PARLIMEN JUMLAH PENERIMA JUMLAH (RM) 1 KLANG 282 RM184,925.00 2 KAPAR 332 RM212,230.00 3 GOMBAK 336 RM189,076.00 4 SELAYANG 466 RM287,304.00 5 PJ SELATAN 169 RM130,145.00 6 PJ UTARA 19 RM19,810.00 7 HULU LANGAT 159 RM93,550.00 8 AMPANG 94 RM63,430.00 9 PANDAN 56 RM31,470.00 10 KUALA LANGAT 853 RM568,920.00 11 HULU SELANGOR 1185 RM719,595.00 12 SEPANG 781 RM538,775.00 13 KUALA SELANGOR 665 RM430,620.00 14 TG KARANG 301 RM189,880.00 15 SG BESAR 290 RM186,780.00 16 SABAK 315 RM185,685.00 17 SERDANG 218 RM157,045.00 18 PUCHONG 81 RM64,925.00 19 KELANA JAYA 198 RM114,280.00 20 SHAH ALAM 324 RM181,375.00 21 SUBANG 221 RM163,315.00 22 KOTA RAJA 317 RM233,000.00 JUMLAH 7662 RM4,946,135.00