Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

122) BANTUAN KEBAJIKAN JKM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar kerajaan negeri bagi penerima bantuan bulanan JKM? disumbangkan

    Kadar yang disumbangkan oleh kerajaan Negeri kepada penerima bantuan bulanan JKM adalah seperti berikut:

     

    • Kadar Bantuan Am adalah RM 75.00, RM100.00 dan RM175.00 sebulan
    • Kadar Bantuan Latihan Perantis adalah RM250.00
  2. Adakah perancangan untuk meningkatkan kadar tersebut?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan kadar Bantuan Am kepada RM300.00 sebulan mulai Januari

  3. Adakah bengkel bimbingan motivasi dan latihan berjadual bagi setiap penerima bagi meningkatkan taraf kehidupannya?

    iaitu klien yang masih produktif dan klien yang sudah tidak produktif. Bagi klien yang masih produktif, Jabatan telah menawarkan bantuan Geran Pelancaran dan program 1 AZAM bagi membolehkan klien tersebut memulakan perniagaan. Kursus Motivasi dan Literasi Kewangan telah diberikan kepada peserta 1 AZAM sebelum mereka memulakan perniagaan. Bimbingan dan nasihat berterusan turut diberikan kepada klien jabatan yang menerima Bantuan Geran

     

    Jabatan juga menawarkan perkhidmatan bantu di rumah kepada klien yang sudah tidak produktif dan tidak mampu mengurus diri. Perkhidmatan tersebut adalah inisiatif kerajaan persekutuan untuk membantu golongan tersebut dengan menggunakan pendekatan sukarelawan yang akan ke rumah klien bagi memberi perkhidmatan bantu di rumah seperti membersihkan rumah klien, rakan bual, membuat pembelian runcit, pembayaran utiliti dan membawa klien ke hospital.

     

    Setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah telah menyediakan seorang kaunselor yang berdaftar mulai tahun 2008 bagi memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada klien jabatan yang memerlukan bantuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.