Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

131) BANTUAN KEBAJIKAN JKM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar disumbangkan kerajaan negeri bagi penerima bantuan bulanan JKM?

    Skim Bantuan Negeri yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri ialah Bantuan Am dan Bantuan Latihan Perantis. Kadar Bantuan adalah seperti berikut:

    SKIM BANTUAN KADAR BANTUAN (SEBULAN)
    Bantuan Am RM100.00, RM150.00 dan RM175.00
    Bantuan Latihan Perantis RM250.00
  2. Adakah perancangan untuk meningkatkan kadar tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sedang meneliti kadar baru Skim Bantuan Am. Pada masa sekarang sedang dalam peringkat kajian yang melibatkan pengesahan statistik penduduk Negeri Selangor yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan.  Pengesahan ini perlu kerana ia melibatkan implikasi kewangan.

  3. Adakah bengkel bimbingan motivasi dan latihan berjadual bagi setiap penerima bagi meningkatkan taraf kehidupannya?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor tidak menyediakan latihan berjadual kepada klien jabatannya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.