Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
115) BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa peruntukan kewangan untuk pemberian kebajikan bulanan di keluarkan oleh JKM kepada kategori miskin dari 2013-2017 mengikut DUN dan kaum?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menyalurkan bantuan kebajikan secara bulanan mengikut Skim Bantuan Persekutuan dan Negeri. Perbelanjaan peruntukan dari Januari hingga Oktober 2017 bagi Skim Bantuan Persekutuan sebanyak RM98,093,500 manakala bagi Skim Bantuan Am Negeri mencatatkan sebanyak RM11,550,000. Berikut adalah maklumat perbelanjaan peruntukan mengikut jenis Skim Bantuan dan kaum bagi tahun 2017 DUN Selangor seperti di Lampiran 1. Manakala perbelanjaan peruntukan Skim Bantuan Persekutuan dan Negeri dari tahun 2013 hingga 2016 seperti di Lampiran 2.
-
Berapa jumlah penerima dari golongan miskin ini semenjak 2013-2017 mengikut DUN dan kaum?
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menyalurkan bantuan kepada golongan sasar yang berkelayakan seperti keluarga miskin, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak berkemampuan serta berkeperluan bagi membantu meringankan beban yang dialami. Berikut adalah maklumat bilangan penerima bantuan mengikut Skim Bantuan Persekutuan dan Negeri, kaum bagi tahun 2017 DUN Selangor seperti di Lampiran 3 :
-
Apa faktor-faktor penambahan atau pengurangan jumlah penerima dari golongan di atas, sila nyatakan?
Berdasarkan bilangan penerima bantuan bagi DUN Selangor dari tahun 2013 hingga 2017 menunjukkan penambahan jumlah penerima bantuan pada Skim Bantuan Persekutuan. Penambahan jumlah penerima bantuan tersebut disebabkan faktor seperti berikut :
- Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap golongan yang memerlukan dengan merujuk kes permohonan yang berkelayakan menerima bantuan.
- Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pelbagai program dan kempen berkaitan OKU tentang keistimewaan dan manfaat yang bakal diterima termasuk bantuan yang berkelayakan.
Namun terdapat penurunan jumlah penerima bagi Skim Bantuan Am Negeri dari tahun 2013 hingga 2017. Beberapa faktor dikenalpasti sebab penurunan jumlah penerima adalah seperti berikut :
- Skim Bantuan Am Negeri merupakan pilihan terakhir bagi seseorang penerima bantuan setelah Skim Bantuan Persekutuan tidak terdapat pada syarat dan kriteria tertentu seperti individu/ahli keluarga yang sakit.
- Walaupun jumlah penerima Skim Bantuan Am Negeri mencatatkan pengurangan bilangan penerima, namun jumlah perbelanjaan peruntukan dijangka meningkat kerana kenaikan kadar bantuan berkuatkuasa mulai Januari 2017.
- Faktor pengurangan jumlah penerima bantuan juga disebabkan kejayaan pelbagai inisiatif dan program khusus oleh kerajaan dalam membangunkan sosio ekonomi terhadap golongan yang memerlukan dan berkeperluan.