Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
94) BANTUAN JKM SEPANJANG 2016
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima bantuan dan apakah kategori bantuan?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan Skim Bantuan Persekutuan dan Skim Bantuan Am Negeri kepada rakyat Selangor. Berikut adalah jumlah penerima dan kategori bantuan secara bulanan yang disalurkan sepanjang tahun 2016 :
Skim Bantuan Jenis Bantuan Kategori Bantuan Jumlah Penerima Persekutuan Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin 5,422 Bantuan Orang Tua Warga Emas 10,730 Elaun Pekerja Cacat OKU 8,797 Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik
Terlantar
OKU 2,025 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja OKU 6,902 Bantuan Anak Pelihara Pemeliharaan dan Perlindungan Kanak-Kanak
92 Negeri Bantuan Am Keluarga Miskin 4,834 Sumber : Bahagian Kebajikan Produktif, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Selangor
-
Berapakah jumlah penerima yang tidak lagi perlu bergantung kepada bantuan?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jumlah penerima Bantuan Am Negeri yang ditamatkan kerana melepasi paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sepanjang tahun 2016 adalah seramai 1,273 orang.
-
Apakah program yang dirangka bagi meningkatkan potensi penerima supaya tidak bergantung lagi kepada bantuan?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan program membantu meningkatkan pendapatan klien penerima bantuan yang berpotensi dan berminat di dalam 2 Years Exit Programme (2YEP) di bawah Skim Bantuan Persekutuan. Klien penerima bantuan sedia ada akan diberi Bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM2,700 seorang dan akan diselia dan dibimbing bagi meningkatkan pendapatan sehingga melepasi PGK semasa dalam tempoh dua (2) tahun.