Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
38) BANTUAN JKM KEPADA RUMAH PERLINDUNGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis bantuan yang boleh diberikan oleh JKM kepada rumah-rumah perlindungan dalam membantu kelangsungan pengoperasiannya?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jenis-jenis bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) ialah :
- Geran Rangsum : bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan dan penyediaan makan dan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau datang secara harian ke PSK.
- Geran Pentadbiran : bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi pembayaran saguhati sukarelawan, sewa premis, utiliti, program latihan dalam bidang kebajikan serta berorientasikan komuniti.
- Elaun Khas Murid OKU : bantuan kewangan yang diberikan kepada OKU yang mengikuti program pendidikan khas di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai sijil Perakuan Pendaftaran dari Kementerian Malaysia.
- Geran Per Kapita : diberikan kepada Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Geran Pembaikan : diberikan kepada PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian atau Berkediaman untuk mambaik pulih premis yang menjejaskan keselamatan penghuni, pengurusan pentadbiran dan aktiviti PSK.
-
Berapakah jumlah rumah dan pusat perlindungan yang telah mendapat kemudahan bantuan ini? Huraikan.
- Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, sebanyak RM2,909,512.00 bantuan kewangan kerajaan telah diagihkan ke 50 buah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di Negeri Selangor melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :
Bil Daerah Jumlah PSK Jumlah Geran (RM) 1 Kuala Langat 1 30,000.00 2 Sabak Bernam 1 100,00.00 3 Hulu Langat 11 891,112.00 4 Hulu Selangor 3 132,000.00 5 Petaling Jaya 16 806,700.00 6 Klang 6 116,600.00 7 Subang Jaya 3 106,700.00 8 Shah Alam 3 292,220.00 9 Gombak 6 330,900.00 Jumlah 50 2,909,512.00 Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor